semua org mempunyai kawan. tidak kisahlah kawan yang ramai atau pun sedikit atau mungkin hanya seorang jer kawan kita. tapi tetap ada kawan. kawan masa kita kecil adalah antara kawan yang tidak mungkin kita lupa. kata orang tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain. lebih lagi kawan bermain ms kanak-kanak. zaman kanak-kanak adalah satu zaman yang penuh keriangan, kejujuran dan cabaran (padahal permainan sebenarnya) :-).
begitu juga dengan mama. mama mempunyai ramai kawan. boleh dikatakankan sudah seribu lebih rasanya kawan mama bermula masa kecil hinggalah sekarang. tapi mana mungkin mama lupakan kawan semasa kanak-kanak. mama dibesarkan di besut terengganu sejak lahir hinggalah umur 12 tahun. zaman inilah banyak pengalaman yang berharga dan penuh dengan kenangan yang manis. antara kawan yang rapat masa zaman ini ialah Ramlah binti Abdul Rashid. atau mama lebih mesra memanggilnya dengan panggilan Melah.
melah seorang kawan yang sangat baik. rumah melah terletak hanya 500 meter dari rumah mama. melah seorang yang cantik, kulit putih bersih, jari runcing, rambut lurus, suka ketawa, lemah lembut, kening terbentuk dan sangat ramah mesra orangnya.
permainan kegemaran kami ialah batu selambut (batu seremban), tudung botol, saidina, main anok rumoh (masak-masak) dan zero point (lompat getah). melah sangat pandai bermain selambut. jarinya yang runcing cukup cekap menyambut batu-batu kecil dan mama selalu bersaing dengan melah dan dia selalu menang. bila menang dia akan ketawa kuat-kuat. oh masih terbayang wajah dia ceria melah tiap kali kalahkan mama.
mama sangat suka bertandang ke rumah melah. tiap kali penat bermain, mak melah akan jamukan kami dgn makanan yang sedap-sedap dan yang paling mama gemar ialah makan tengah hari di rumah melah nasi lauk gulai lemak nangka dan ikan goreng. kami org terengganu mmg tak boleh tinggal ikan goreng. mak melah atau mam pggl mok cik mek sgt gemar melayan karenah kami masa makan. kalu melah dtg main kt rumah mama pula kami suka panjat pokok celagi dan makan colek buah celagi (asam jawa) di atas pangkin di bawah pokok dan main buaian di situ sambil berlumba buai siapa paling tingi ayunannya. hah yang ni mama menang selalunya.
melah memang penyabar. dia tidak pernah marah. sesuai dengan kesabaran, kelembutan dan keramahannya, dia sangat disenangi oleh semua orang. persahabatan kami tidak pernah sekali pun mengalami perselisihan faham, pergaduhan atau pun merajuk. aduhai, sungguh tulus persahabatan kami. kami sering berbasikal sekeliling kampung bersama kawan-kawan kami yang lain iaitu miza, mekna, juli, norma dan amy. kami sgt rapat. malah kami juga berbasikal bersama-sama ke sekolah iaitu sekolah rendah kebangsaan tengku mahmud 1. bermain, belajar dan bergurau bersama. sungguh indah zaman kanak-kanak. yang paling tidak dapat dilupakan ialah melah selalu tidak lupa berikan hadiah tiap kali hari lahir mama walaupun hanya bagi makanan ringan tapi dia tetap ingat.
semua tinggal kenangan.
apabila mama menginjakkan kaki ke tingkatan satu, mama bersekolah di sekolah berasrama di kuala terengganu (smka tok jiring) dan sebulan sekali dan bila cuti sekolah mama balik kampung berjumpa keluarga dan melah. masa berlalu tanpa disedari dan melah semakin dilupakan. tetapi semasa mama bertunang dan berkahwin, melah datang membawa hadiah. mama sangat terharu dengan kehadiran melah. hampir menangis mama tengok melah datang masa hari bahagia mama.
melah sekarang selalu sakit. dan melah perlu sentiasa berjumpa doktor pakar. melah ada darah rendah dan kadang-kadang diserang sawan. mama pun tidak pasti penyakit sebenar melah. kesian melah. tiap kali mama balik kampung teringin ziarah melah tp hanya beberapa kali sahaya mama berkesempatan memandangkan mama balik kg pun sekejap sahaja. melah pernah sambung belajar di ikm, tapi hanya separuh jalan kerana sakit. sekarang melah masih di kampung dan dijaga oleh maknya.
ya Allah, berilah kesembuhan kepada melah agar melah juga dapat menjalani kehidupan seperti org lain. berkahwin, mempunyai keluarga, bekerja dan bahagia seperti yang melah harap-harapkan.
melah, semoga persahabatan kita ke akhir hayat. semalam mama cuba telefon melah tapi tidak dapat. mungkin melah sudah tukar nombor telefinnya. semoga melah baik-baik saja di sana.
>>> kita ramai kawan dan pastinya kita sayang kawan-kawan kita kan. kita merancang dan Allah juga merancang. sudah pastinya perancangan Allah adakah yang lebih baik. amin.
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Jun 21, 2011
anda pasti ada kawan
Jun 20, 2011
alangkah bahagianya
alangkah bahagianya apabila seorang isteri itu dapat menjaga suaminya seperti mana yang dikehendaki suaminya. bahagia nya kerana mama hari ini telah memasak untuk abah dan anak-anak.abah puasa hari ini tanpa mama ketahui. sebenarnya abah dah bagi tahu mama tapi mama lupa. pukul 7 malam baru mama tahu dan masa tu juga baru mama masuk dapur. mama masak ringkas sahaja kerana nak kejar waktu berbuka puasa. mama masak nasi. mama tgk beras tinggal 1/2 cawan sahaja. memang tidak cukup. jika mama khabarkan hal ini kepada abah sudah pastinya abah akan makan sedikit sahaj kerana bagi keutamaan kepada mama dan anak-anak. jadi mama teruskan masak seperti biasa. mama masak lauk sardin, kacang buncis+ bilis dan goreng tempe. lauk yang ringkas kerana nak kejar masa. dalam masa 15 minit siap semuanya. mama mesin bubur untuk fatih. masuk sj waktu maghrib, abah dan zahra mula makan dan mama suapkan fatih. tgh2 makan abh perasan mama tidak makan nasi.
abah tanya.: mama tak makan?
mama jawab: tak
mama teruskan menyuap fatih. bila nasi abah sudah nak habis,
mama : abg, beras dh habis. td last tinggal setgh cawan, lupa nak bg tahu
abah : hbs tu mama nk makan apa?
mama: roti ada...pisang ada....
abah : kesian mama...
mama sgt bahagia jika keluarga mama bahagia...kenyang perut rasa menyaksikan org2 tersayang kenyang. alangkah bahagianya apabila membahagiakan.
>>>kita hidup dgn apa yg kita dpt. tp kita bina kehidupan dgn apa yang kita berikan ;-)
ayah - by aisyah
ayah adalah hero pertama saya
al fatihah buat allahyarham Haji Seman bin Haji Abdullah
saya hanya mempunyai seorang ayah.
saya sangat sayang ayah saya
tapi ayah saya telah pergi buat selama-lamanya
meninggalkan kami sekeluarga
tatkala saya ingin disatukan di hari bahagia saya
tarikh 3/4/2005 itulah tarikh ayah pergi
ayah
masih terbayang lagi wajah ayah
berlesung pipit dan berkulit cerah
wajah tua ayah yang menderita sakit tapi sentiasa ceria melayan anak dan cucu-cucu
semasa majlis konvokesyen ijazah pertama saya
ayah menyatakan hasrat nya untuk turut menyaksikan kejayaan saya menggenggam segulung ijazah
tapi waktu itu kesihatan ayah tidak mengizinkannya untuk bermusafir jauh (besut - johor)
hanya ibu dan adik yang datang
ayah pasti sangat bangga jika ayah juga ada di sana
kerana hari konvo itu lah saya menyampaikan ucapan selaku wakil graduan
di hadapan seribu graduan, ibu bapa, pensyarah saya dan keluarga saya
yang tidak ada hanyalah AYAH
oh ayah
semasa konvo ijazah kedua saya
ayah telah tiada
ayah pastinya bangga jika ayah ada di sana kerana saya sudah berjaya ayah!
seperti harapan ayah untuk melihat saya bergelar
pelajar cemerlang dan menjadi seorang pensyarah atau doktor seperti yang ayah bagi tahu dulu
ayah
masih saya ingat ayah selalu berpesan
'sembahyang jangan tinggal'
itulah kata-kata ayah tiap kali saya telefon ayah
ayah
saya tahu dan sangat yakin ayah sangat bangga dengan saya
kerana ayah tidak pernah risau tentang saya
saya selalu mendapat keputusan cemerlang tiap kali peperiksaan
saya selalu membawa pulang hadiah tiap kali masuk pertandingan
saya selalu berjaya dalam apa jua yang saya buat hingga jadi siulan jiran-jiran di kampung kita
saya selalu membuatkan ayah bangga dengan semua kejayaan saya
ayah
saya sangat rindukan ayah
rindu nak peluk ayah kuat-kuat
rindu nak cium tangan ayah
rindu nak ayah rasa duit hasil titik peluh saya
rindu nak ayah memandu kereta saya
rindu nak ayah peluk dan cium cucu-cucu ayah
rindu nak ayah mengenali suami saya dengan rapat
rindu nak ayah makan masakan saya
rindu nak ayah datang ke rumah saya
rindu nak tengok wajah bangga ayah
ayah.....walau ayah sudah lama pergi
tapi didikan ayah serta nasihat ayah masih tersemat di hati ini.
semoga ayah tenang di sana.
>>>sangat sebak bila fikirkan tentang penderitaan ayah melawan penyakit kencing manis sehingga jari-jarinya terpaksa dipotong. tp ayah tetap tabah.
Jun 19, 2011
pesanan buat diri sendiri
di dalam kehidupan ini apakah yang kita cari? apakah yang kita harapkan? apakah yang kita nantikan? seringkali mama berfikir.
selama kehidupan ini 30 tahun alhamdulillah diberi umur ini. adakah kehidupan kita sekadar di pejabat sahaja? 5 hari seminggu kita bekerja bertungkus lumus untuk memuaskan hati semua. hati bos, hati kawan sepejabat, hati org bawahan kita. mama ingat kita bukan sahaj seorang pekerja. tetapi kita juga
1. seorang ibu
2. seorang isteri
3. seorang anak
4. seorang menantu dll
5. seorang ahli masyarakat
dan banyak lagi. kdg2 mama fikir, di pejabatlah kita paling banyak habiskan masa kita. 5 hari seminggu. malam sahaja kita bersama keluarga. jika keadaan kita di pejabat gembira, sudah pastinya kita akan gembira dalam kehidupan ini. keseronokan bekerja amatlah penting pada mama. bagaimana untuk seronok bekerja? jika kita dapat menjalankan tugas dgn jayanya, tiada tekanan kerja dari bos, dapat sokongan dari teman sepejabat dan dapat tunjuk ajar yang sewajarnya dari org2 yang lebih pengalaman dari kita.
adakah masa di pejabat kita tidak cukup untuk kita membuat kerja sehingga kita terpaksa membawa balik tugas yang tidak selesai ke rumah? jika anak mama ada kerja sekolah, jadi kalau mama juga bawa balik kerja bermakna mama bawa balik kerja 'kerja' atau kerja pejabat. ini membawa makna yang lebih jelas kerana masa bersama keluarga dan masa rehat di rumah sudah berkurang. mama memang tidak setuju jika kerja pejabat terpaksa di bawa kerumah. masa mana nak masak? masa mana nak tengok kerja sekolah anak? masa mana nak ajar anak mengaji. lebih lagi masa untuk kita menyumbang kepada masyarakat? masa buat kajian? aduhai semua tentang masa.
kadang-kadang juga kita perlu ingat. kita bekerja untuk mencari rezeki untuk keluarga + untuk membantu masyarakat..... bukannya untuk sekadar memuaskan hati majikan semata. yaAllah semoga kita semua mendapat petunjuk dari Mu...
>>>tidak ada masa utk mekap lebih baik dari tidak ada masa utk bc quran :-)
Jun 14, 2011
selamat ulangtahun kelahiran muhammad al fatih setahun
semasa entry ini ditulis, mama baru saja selesai menjalani bengkel penyelaras kursus di jka. semalam 13 jun genaplah setahun usia anak lelaki mama muhammad al fatih bin noorhafiz. selama setahun jugalah perjalanan mama bersama fatih berjuang dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif tanpa susu formula. terlalu banyak suka duka pengalaman mama dalam membesarkan fatih sepanjang setahun fatih menjengah dunia ini. banyak juga dugaan yang kami hadapi termasuk pengalaman sepanjang mengandung dan melahirkan fatih sehinggalah genap usia nya setahun semalam. betapa bermaknanya bergelar ibu.
>>>nanti mama akan sambung lagi entri ini dengan cerita tentang cinta mama dan fatih
About Me
Followers
My Blog List
-
-
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK5 years ago
-
-
Nothing Much (36)6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?10 years ago
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-