Jan 31, 2011

azzahra n alfatih ikut mama gi program senibina

. Jan 31, 2011
0 comments


fatih dan mama di padang tengok pertandingan tarik tali


fatih tidur selepas menyusu @ dewan taklimat


kandid pose mama dan fatih @ dewan taklimat


fatih dan wan (fasi lelaki)


fatih dan wawa


fatih di samping fasi perempuan dan en wira

kakak (kanan) bersama umairah (kiri) iaitu anak kak asmah


abah dan kawan2 ofismate mama


salam.

cuti thaipusam yang lalu mama telah membawa kakak dan adik ke program senibina di rumah negeri. kami pergi bertiga naik kereta. ramai juga yang join program ni. pensyarah yang ajar design 1 dan pelajar2 yang ambil design 1. mereka pergi naik bas. mama follow dr belakang.
tak sampai 10 minit dah sampai ke sana dari politeknik. dekat je tempat ni.abah datang juga lewat malam sebab nak temankan kami. maklumlah seram juga tidur bertiga di bilik ala-ala apartment macam tu. kata orang tempat tu keras.mestilah keras. guna konkrit dan batu bata.hehehe.
sepanjang program berlansung,mama tiada masalah nak handle kaka sebab dia ada ramai kawan kat sana. kak as dan kak yati bawa anak2 mereka dan fatih pula ramai kakak dan abg blh tlg jaga bila mama ada sesi bersama student. fatih tak meragam pun dan sgt pandai bersosial.cuma kalu penat dia tidur dgn lenanya di tgh2 aktiviti. hehehe..jom layan gmbr mereka. :-)

Read More »»

Jan 28, 2011

event management (part3)

. Jan 28, 2011
0 comments

soalan 13
macam mana hendak selesaikan masalah event yang dianjurkan bertembung pada hari yang sama
>adakah ajk yang sama?adakah peserta yang sama?
>kenalpasti punca pertembungan dan elakkan hal yang sama berulang
>sediakan takwim perancangan dan mesyuarat penyelarasan di dalam jawatankuasa induk.
>promosi awal programkerana jika ada yang rancang tarikh yang sama, mungkin blh tukar tarikh sbb tak nk bertembung dgn program kita.
>adakan back up plan.

soalan 14
bg mana nk bahagikan masa study dan masa untuk pimpinan tggjwb yang diberikan
>dalam kelas, berikan sepenuh tumpuan. buat semua tugasan yg diberi di dalam kelas. jgn ingkat arahan pensyarah. jgn bg alasan kepada pensyarah. tunjuk teladan dan cth yg baik di dalam kelas kepada kwn2 dan pensyarah.
>jgn bertangguh buat tugasan. vr kawan yang memahami dan menyokong.
>perlu bina kekuatan diri dari segi akademik supaya kwn2 suka satu kumpulan dgn kita dan menyokong kita.
>dapatkan sokongan pensyarah dan beri komitmen dalam kelas dan aktivti dlm kelas.
>hargai masa, jgn buat perkara2 yang rugikan diri.
>bw tugasan atau bahan ulangkaji tiap kali ada meeting atau aktiviti luar. ada masa blh study.

soalan 15
mcm mana nk tahu amanah yang dipikul dilaksanakan dgn sempurna
>perlu ingat tiada yang sempura ;-) tp blh dilakukan sebaik2 nya
>senaraikan bidang tugasan anda dan buat semakan secara check list.
>matlamat event dan organisasi berjaya dicapai ;-)
>jiwa tenang
>kurang rungutan dari org yg dipimpin
>muhasabah diri. baik org tak suka dari Allah tak suka. tp percayalah jika kita buat baik, kebaikan itu akan juga menarik kebaikan which is mudah org terima :-)

soalan 16
aktiviti utk dianjurkan oleh jpp, jpk dan rakan pi
>hari keluarga ppd
>minggu kebajikan pelajar ppd
>dialog pelajar
>hari kecemerlangan pelajar
>malam penghargaan kepimpinan pelajar - anugerah tokoh pelajar dll
>khidmat masyarakat > bersih pantai
>kempen kitar semula
>semua benda yang melibatkan misi dan visi poli dan bersifat kemanusiaan which is dikongsi bersama1
>kem sukarelawan pelajar dll ..banyak lg!

soalan 17
matlamat sesebuah event dutujukan kepada siapa
>peserta
>organisasi
>penganjur
>dll

soalan 18
sumber kewangan tak cukup
>dapatkan tajaan
>dapatkan sukarelawan dan libatkan mereka
>jika sumber kewangan untuk makan tidak cukup. blh buat masa bulan puasa.
>dapatkan sumber2 sedia ada spt alat tulis dll yang blh di dapati secara percuma.

bersambung

Read More »»

event management (part2)

.
0 comments

soalan 8
macam mana nak buat planning awal untuk rancang sesuatu event
>ketahui kekuatan committee sbb kadang2 dalam masa satu minggu pun blh buat event jika strong ;-)
>dapat saja idea @ isu, tuliskan dalam satu kertas nama program, matlamat, objektif, aktiviti, peserta, bujet dll. ini dipanggil idea awal.
>paling kurang pun 2 minggu sebelum event paper work dh hantar.
>tarik ajk dan kongsi idea bersama 2-5 org ajk. buat surat lantikan ajk. buat meeting. then buat paper work properly. pastu submit kepada penasihat. dan jalankan aktiviti seawal mungkin.
>buat takwim perancangan di awal semester. berkaitan bujet dan tarikh sgt penting.

soalan 9
bg mana nak pastikan keadaan sentiasa terkawal
>ajk kena prihatin dan jgn syok sendiri borak2 bersama ajk sahaja
>tumpukan perhatian kepada peserta dan perjalanan majlis
>setiap ajk incaj tugas masing2. jgn leka
>dapatkan bantuan pihak yang berkelayakan jika perlu spt pengawal keselamatan dan polis jika perlu.
>perlu ada org yg berpengalaman untuk dirujuk semasa majlis berlangsung
>ajk keselamatan dan kawalan blh diwujudkan

soalan 10
bagaimana nk jalankan tugas jika ada 2 jawatan dalam satu masa
>seboleh2 elakkan hal ini,
>jika terpaksa juga, pastikan 2 tugas itu tidak sama beratdan tidak bertembung dalam satu2 masa.

soalan 11
tetamu vip yang tidak mesra
>tidak perlu ckp apa2..senyum sahaja sudah cukup jika mereka mcm tak nak layan anda
>mulakan perbualan dgn bertanya hal-hal spt "bagaimana perjalanan td?" tuan perlukan apa2? dll.

soalan 12
bg mana nk rancang kos dan modal bg sesuatu majlis
>ketahui apa yang perlu diutamakan cth bayaran penceramah jika program ceramah, pembelian barangan sukaneka dan hadiah sukaneka jika program sukaneka.
>senaraikan semua keperluan program - bergantung kepada jenis event. lepas dh senarai, ketahui sumber dan harga yang plg berkesan, mudah dan murah didapati.

beersambung

Read More »»

event management (part1)

.
0 comments

soalan 1
macam mana nak bagi peserta dapat input yang sepenuhnya
>berilah dari hati, insyaAllah turun ke hati
>pastikah bahan yang digunakan ialah up to date, senang difahami, mudah dilihat, kena pada kumpulan sasaran iaitu sangat berkait rapat dengan latar belakang mereka, menarik minat mereka.
>edarkan borang soal selidik
>buat program susulan untuk mengetahui kesan kepada peserta
>adakan hubungan atau jaringan dgn peserta selepas program
>beri sepenuh perhatian semasa program
>tunjukkan minat terhadap mereka dan raikan mereka.

soalan 2
macam mana nak bagi pelajar seronok
>ketahui minat mereka dan buat bersama mereka apa yg mereka minat
>sediakan ganjaran jika mereka beri kerjasama seperti jawap soalan kita dgn betul
>libat sebanyak mungkin mereka di dalam aktiviti kita
>jaga kebajikan mereka dari segi makan, kesihatan dll

soalan 3
macam mana nk uruskan masa dengan baik
>ketahui keutamaan dalam urusan
>jgn bertangguh bila dapat sesuatu tugas
>jaga solat di awal waktu
>berkawan dengan orang yang menepati masa
>bahagikan masa, rancang masa ikut minit,jam dan hari.
>buat jadual kerja ikut 4 peringkat (urgent n important, urgent but not important, not urgent but important, not urgent and not important)

soalan 4
macam mana nak elakkan perselisihan faham antara ajk
>ingat, perselisihan itu biasa. cuma kena tanganinya dengan bijak ;-)
>ketua mainkan peranan dalam mendamaikan ahli.
>ingat matlamat organisasi, bukan matlamat individu
>saling menerima kelemahan
>ketahui apa yang mungkin menjadi punca perselisihan dan jgn menuju kepada punca tersebut
>yang tua sayang yang muda, yg muda hormati yg tua. mudah kan!

soalan 5
mengelak pelajar mengantuk
>bagi gula2
>aktiviti regangan iaitu senaman ringan
>tengok pelajar yang mengantuk dan tanya "amir, awak sakit ke?"
>buat aktiviti yang libatkan setiap org menyumbang idea atau tenaga.

soalan 6
cenderamata yang sesuai
>bergantung kepada siapa, program apa dan bujet
>buku, buah-buahan, pakaian spt kain songket, kain bj kurung, topi, tudung,barang perhiasan, alat tulis, dll
>ketahui minat orang yang nak diberi cenderamata untuk mengambil hatinya ;-)

soalan 7
bgmana nak dapatkan komitmen dalam melaksanakan program
>pengurusan masa yang baik supaya ajk tidak rasa tertekan dan tergesa-gesa
>berkongsi kebaikan program dan ingatkan ganjaran di sisi Allah jika kita membantu melaksanakan perkara baik.
>adakan jamuan dan jaga kebajikan ajk
>sediakan sijil penghargaan
>sediakan ganjaran (pujian dan sebagainya)

bersambung.....

Read More »»

Jan 25, 2011

al fatih

. Jan 25, 2011
0 comments

gambar ni mama snap guna hset mama di wad bersalin hospital seremban. masa ni 14 jun 2010 pk 2 pagi fatih masih belum buka mata . lahir ke bumi 13 jun 2010, 430 petang. buka mata pada 14 jun 2010, 230 pagi .
masa ni fatih kena tahan wad sbb jaundis. ni gambar di hospital pd. mmg sedih sangat mama masa ni. fatih lak tak suka tidur sorang2 bawah lampu ni. satu malam je kat dalam wad mama n abah decide keluar dan dapatkan rawatan luar. tak sanggup mama fatih syik nangis je sepanjang malam.

* mama tgh bz lah tersangat kt opis. waktu rehat pun tak terasa rehat. pk 1 semua masih sibuk termasuk mama. sbb tuh mama nk rileks sekejap dgn ingtkan fatih. jap lgi nk blk umah nk pam susu utk fatih.

Read More »»

Jan 5, 2011

is getting worst!

. Jan 5, 2011
1 comments

semalam abah ajak mama gi klinik sbb mama punya selsema tak baik-baik. macam mana nak baik. mama tak makan pun ubat yang abah suruh makan. katanya ubat tu tidak menyebabkan mengantuk. tapi mama tak makan juga.

hari ni mama punya suara pun macam susah nak keluar. selsema mama makin teruk. kahak pun banyak. hingus pun keluar juga. aduh tapi mama malas nak makan ubat. boleh gitu?

tadi lepas kelas design dgn hj ghafar, mama gi susukan fatih kat taska. mama tengok fatih pun ada kahak. risau juga mama. jarang mama selesema teruk macam ni. biasa minum air banyak kejap je baik.

ya aLLAH... inilah ujian...mama rasa mama kena juga makan ubat!

Read More »»

Jan 4, 2011

^payah juga tak pernah merasai kegagalan^

. Jan 4, 2011
0 comments

mama sedang cuba membantu seorang klien mama yang sedang menghadapai kegagalan. tapi mama juga ada masalah di sini. kerana mama tidak ada pengalaman gagal dalam akademik. Ya Allah adakah penting untuk kita pernah merasai kegagalan? mama tidak pernah gagal dalam akademik setakat ini alhamdulillah tapi kegagalan yang lain pernah lah seperti percintaan dsb... hehehe :-)

>>> try to 'hadam' masalah klien mama ni. this friday her family gonna see me and get some ideas from me. mama try to get some inspiration regarding this isue :-)

Read More »»

^coach n mentor^

.
0 comments



what is the most effective method? coaching or mentoring?

Read More »»

^dulu dan sekarang^

.
0 comments


dulu mama byk masa gi jejalan ziarah kawan2 n jiran2

skrg mama byk nye kerja2 di rumah yang perlu diberesin

>peluang untuk mengurus rumahtangga lg byk

>cabaran tak bersosial sgt lah mama nanti



tahun lepas mama telah menghadiri kursus Associate Certified Coach. kursus ini berlangsung sebanyak 2 fasa iaitu 10 hari lamanya. alhamdulillah mama telah laluinya dengan jayanya. sekarang tengah tunggu keputusan untuk penganugerahan itu sahaja. :-) memang banyak cabarannya. jika dulu mama boleh rilek kt ofis tp sekarang masa mama kt ofis di samping mengajar dan masuk kelas, mama juga membuat sesi coaching secara online bersama kaka mala, kaka yana, tan, en azani dan yang paling byk bersama mama ialah kaka saba :-). banyak isu-isu telah berjaya dikupas dan mereka semua sangat membantu mama dalam bidang coaching ini. so thankful ;-)



bermula januari ini mama dijadualkan akan mengadakan in house training bersama staf poli mama untuk kursus 'coaching n mentoring' satu cabaran yang mama akan hadapi tahun ini. mama sangat bersemangat untuk menjayakannya. ;-)




>>>> apa2 pun mama mesti sentiasa bersyukur :-)

Read More »»

Jan 3, 2011

dulu dan sekarang

. Jan 3, 2011
0 comments

tahun 2011 ni menanti mama dgn pelbagai cabaran dan peluang...

dulu mama blh bgn lewat sbb anak seorang je >azzahra
skrg mama kena bangun awal sbb anak dah dua > alfatih
> peluang untuk Qiam lebih besar ;-)

dulu mama blk rumah boleh duk santai-santai depan tv tengok drama dengan abah
skrg mama blk rumah kena terus 'terkam' fatih dan lepas tu bergegas siap diri dan masak
>peluang untuk sentiasa aktif pada waktu petang lebih luas ;-)

dulu mama kat pejabat boleh santai-santai borak dengan kawan-kawan bila waktu terluang
skrg MANA ADA MASA REHAT. masa rehat makan, solat dan perah susu untuk alfatih atau gi taska susukan fatih. makan pun selalu tak sempat
> peluang untuk kerja lebih cemerlang + masa kualiti
>cabaran suasana kerja yang SERIUS dan kurang sihat :-(

dulu...skrg...nanti mama sambung kt entry akan datang.ada date dgn abah jap :-)

Read More »»

Jan 2, 2011

^mama pula yang sakit^

. Jan 2, 2011
0 comments


pagi ni mama bgn pagi dgn kepala yang sakit dan selsema. ada 6 kali bersih terus-terusan. ya Allah.sebelum ni abah dan anak-anak selsema. sekarang giliran mama pula. malam tadi al fatih pun tak lena tidur. sama ada dia terkejut sebab mama bersin atau dia saja tak nak tidur. nyaris-nyaris mama mc hari ni. tp memikirkan kelas yang banyak. terpaksa mama gagahkan diri ke pejabat.

sambil berai-air hidung mama buat entry ni.huhuhu...


>>> health is wealth :-) sakit adalah penghapus dosa-dosa kecil. amin...

Read More »»