Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Apr 28, 2010
baby oh baby
Labels: familysemakin hr semakin bijak
ara semakin hr semakin mula menunjukkan kepetahan dan kebijakannya..hehehe..cth ayat yg dia buat...
- "mama, ara ada satu idea..."
- "mama, mari sini ara nk tunjukkan sesuatu..."
wah bukan main lg anak mama ni...maklumlah nk jadi kakak tak lama lg.insyallah..semoga anak mama terus sihat dan bijak..membesar sbg anak yg solehah.amin...
> ara juga dh semakin berdikari. kemas tempat makan, ambil toto n siapkan tempat tido....blh mama rehat sikit dlm keadaan tgh sarat ni.
mama dapat semula duit mama
Apr 12, 2010
selepas buat aduan polis dan pengguna
Labels: muhasabah diriselepas mama buat polis repot n aduan di tribunal pengguna, tarikh hearing mama ialah 23 mac 2010. mama n abah ambil cuti pada hari tersebut. sebelum hearing sykt terbabit ada call n minta selesaikan di luar mahkamah dan berjanji akan memulangkan semula duit mama. tapi tunggu punya tunggu tiada apa-apa tindakan mereka ambil. so mama n abah pergi hearing. tapi kami terpaksa blk dgn tangan kosong pada hari itu sebab kami terlupa bawa kad AR iaitu surat akuan terima menggunakan pos yang membuktikan sykt penentang telah menerima salinan aduan yang kami buat.ada beberapa penuntut yang lain pun lupa bw AR. hakim (tuan presiden) kat mahkamah masa tuh pun ketawa je sbb 'kenaifan' kami. jadi perbicaraan seterusnya ialah pada 7 april 2010. balik dr tribunal kami gi pej pos besar seremban dan hantar lagi sekali borang tersebut kepada sykt terbabit bersama borang AR yang wrna kuning tu. then kami tunggu hari hearing.
Read More »»mama dan aduan pengguna
Pada 7 Februari 2010, kira-kira jam 2.30 petang, saya telah berkunjung ke Carrefour Jalan Rahang Seremban. Kemudian kami menghampiri seorang promoter yang sedang menjual produk berjenama xxx kami bertanyakan harga mikrowave oven yang terpamer di situ. Harga nya ialah RM3099. pada kami harga tersebut sangat mahal berbanding dengan harga oven biasa. Sebelum kami bergerak keluar dari situ, salah seorang dari mereka memberikan sekotak cenderamata. Di dalamnya ada sun shade dan voucer.
Di dalam hadiah percuma yang diberi, terdapat 1 kad baucar yang nilainya akan kami ketahui sekiranya kami membuka kad baucar tersebut yang di ‘seal’. Setelah suami saya kami membuka baucar tersebut, kami mendapati kami memenangi xxx Induction Cooker yang bernilai RM3199 di samping baucar RM100.Promoter ini dilihat terkejut kerana setahu beliau, tiada hadiah percuma “buy 1 free 1 xxx Induction Cooker”, tapi beliau panik dan terus membuat satu panggilan telefon dan menyatakan mustahil ada hadiah percuma seperti itu. Semua promoter yang ada di situ kelihatan tersebut panik kerana belum ada yang memenangi hadiah seperti itu di situ. Salah seorang promoter itu berkata betapa bertuahnya saya kerana dia pun beli induction cooker tu dengan potongan 20% sahaja tapi saya dapat percuma!
Promoter tersebut nampak tidak percaya lalu ditanya kepada rakannya akan kemungkinan baucar itu tersalah cetak. Kemudian rakannya itu,dengan penuh kehairanan membuat satu panggilan kepada seorang perempuan yang didakwa sebagai manager dari ibu pejabat syarikat xxx Sdn Bhd. Saya suami isteri dan adik juga tergamam waktu itu kerana kedua-dua promoter kelihatan kaget dan sangat terkejut. Setelah promoter itu bertanyakan kemusykilan beliau kepada manager itu , Promoter yang membuat panggilan menyerahkan telefon beliau kepada saya untuk bercakap sendiri dengan manager. Manager itu yang bercakap dalam telefon itu bertanya sama ada saya ini adalah saudara-mara kepada sesiapa yang berkerja di Itarezzo. Dia ini mengatakan betapa bertuahnya kami suami isteri mendapat hadiah ini kerana tidak pernah lagi ada orang mendapatnya. Mungkin saya murah rezeki katanya. Siap bertanya kepada suami saya sama ada saya selalu bertuah seperti itu.
Selepas promoter itu bercakap dengan manager yang dia hubungi tadi, dia maklumkan kepada saya yang saya perlu membeli mana-mana produk dan diskaun rm100 dan akan mendapat Induction cooker itu percuma.
Seterusnya, dalam masa yang sama ada seorang lagi promoter yang datang dan ingin melihat kad kredit kami. Mereka beramai-ramai mengatakan betapa bertuahnya kami kerana kad debit Maybank yang saya gunakan sekiranya kami membuat pembayaran melalui debit cash akan membolehkan kami mendapat satu lagi hadiah percuma iaitu ionizer atau fruit juicer. Kami terus didesak untuk jawapan kerana baucar ini hanya laku malam itu sahaja.Setelah didesak bertalu-talu, akhirnya kami membeli xxx Stainless Steel Cooker Set dengan harga rm3099 dan menggunakan baucar RM 100 yang kami dapat bersama hadiah ionizer yang bernilai rm1099, kami dikenakan harga RM2999. Pembayaran dilakukan dengan cara debit cash Maybank. Selepas itu, promoter itu membuat satu lagi panggilan telefon dan minta saya bercakap dengan seseorang dari syarikat xxx dan menyatakan saya mendapat status VIP platinum card kerana jumlah barangan yang kami beli mendapat mata lebih 7 ribu dengan single resit yang melayakkan kami mendapat diskaun 50% untuk barangan seterusnya. Mereka sedaya upaya memujuk kami agar membeli satu lagi barang dengan separuh harga kerana katanya itu hanyalah valid pada hari itu sahaja. Inilah rezeki anak kata mereka sebab belum ada orang yang memenanginya.
Saya bertegas tidak mahu membelinya. Tetapi promoter itu telah memujuk suami saya untuk membuat bayaran secara ansuran dengan bayaran permulaan rm200. Bayaran seterusnya boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga mencukupi harga mikrowave oven rm 1349. barang boleh diambil setelah habis bayar. Suami saya membuat bayaran menggunakan debit cash maybank. Selepas itu, kami diberikan hadiah sun shade 2 kotak lg dan apabila dibuka, vaucer itu hanya memaparkan diskaun rm200 dan rm100 tanpa hadiah percuma. Selepas itu kami membawa barang tersebut pulang. Barangan yang kami perolehi kami disimpan terlebih dahulu di rumah tanpa digunakan atau dicuba.Pada malam itu, saya tidak sedap hati, sebaik sahaja sampai ke rumah saya terus melayari internet dan kami mendapati promoter ini menipu dan menggunakan modus operandi yang sama kepada ramai orang dan di pelbagai tempat. Hadiah yang dikatakan julung-julung kali dimenangi kami sebenarnya telah lama terkena kepada ramai orang. Justeru itu aduan ini dilakukan atas dasar kami ingin memulangkan barangan yang kami beli dengan taktik jualan yang menganiaya dan kami boleh dapati dengan harga yang lebih berbaloi di tempat lain. Kami berharap pihak xxx dapat memulangkan semula duit kami berjumlah RM3199.
> di atas adalah petikan aduan pengguna yang mama failkan di tribunal pada awal februari yang lalu.
segalanya telah selesai
ingat lagi tak post mama sebelum ni? buat pengetahuan semua, segalanya telah selesai dan dengan ini mama umumkan di sini.mama telah menang. alhamdulillah. for the details nanti mama masukkan dlm entry lain nnti. :-)
Read More »»About Me
Followers
My Blog List
-
-
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK5 years ago
-
-
Nothing Much (36)6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?10 years ago
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-