minggu depan akan terjawab segala persoalan. nanti bila semua dh setel mama akan ceritakan kat sini hasil usaha mama mempertahankan hak mama.hehehe...kalu menang alhamdulillah...tunggu dan lihat apa akan berlaku..jeng jeng jeng!
Read More »»Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Mar 17, 2010
Mar 9, 2010
transformation of david!
tp ialah gambar David dari Indonesia yang memenangi tempat pertama rancangan tu.
nak bc buku natrah?blh pinjam dgn mama
Oleh NIZAM YATIMnizam.yatim@utusan.com.my
Muhyiddin Yassin bersama Fatini Yaacob (dua dari kanan) dan Dr. Zaini Ujang (kiri) melihat buku Natrah pada majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa supaya persefahaman dan perpaduan politik yang ditunjukkan parti-parti yang mewakili umat Islam dalam memperjuangkan isu Natrah pada 1950 dijadikan contoh pada masa sekarang ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perpaduan politik seperti itu adalah amat penting bagi mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam daripada dipandang rendah oleh mana-mana pihak.
‘‘Dalam hal persefahaman politik, kisah Natrah membuktikan bahawa umat Islam daripada latar ideologi politik yang berbeza mampu untuk bersatu dalam mempertahankan kesucian Islam.
‘‘Tokoh-tokoh seperti Karim Ghani, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Tun Sardon Jubir, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tun Hussein Onn telah mengetepikan perbezaan ideologi politik masing-masing demi membela kesucian Islam yang dipandang rendah oleh penjajah.
‘‘Perpaduan ini terakam dalam lipatan sejarah sebagai perpaduan yang amat bermakna kerana tiga parti politik yang berbeza ideologi dan pendekatan ketika itu iaitu UMNO, Hizbul Muslimin dan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) boleh bersatu demi mempertahankan kesucian Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata yang ditulis oleh Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob.
Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang; Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.
Buku setebal 474 muka surat berharga RM99 itu mengisahkan Huberdina Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah yang menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Dia pada ketika itu berumur 13 tahun serta telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Pasangan itu bagaimanapun dipisahkan oleh undang-undang British yang tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin sehingga mengakibatkan berlaku rusuhan.
Menurut Muhyiddin, kisah Natrah itu juga telah memberikan kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit sebagai bangsa yang bermaruah.
‘‘Seperti kata Datin Seri Fatini dalam buku ini, Natrah secara peribadi sebenarnya tidaklah penting.
‘‘Yang penting adalah kesedaran orang Melayu dalam mempertahankan kesucian Islam dan kebangkitan orang Melayu sebagai bangsa yang bermaruah. Itulah yang amat penting sekali,’’ katanya.
Dalam pada itu, katanya, isu Natrah juga telah memberikan pengajaran kepada umat Islam bahawa perlu diteruskan usaha-usaha bagi memastikan wujud keharmonian antara undang-undang Islam dan sivil di negara ini.
‘‘Ini sebagai penerus kepada usaha peguam bela Natrah, Allahyarham Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim yang telah mencadangkan supaya dimasukkan Perkara 121(1A) dalam Perlembagaan Persekutuan bagi mengangkat status dan bidang kuasa mahkamah syariah agar setara dengan mahkamah sivil,” katanya.
Tambah Muhyiddin, kisah Natrah juga memberi pengajaran kepada semua pihak mengenai pentingnya usaha memupuk persefahaman antara masyarakat yang berbeza anutan agama.
‘‘Saya percaya bahawa proses perundangan bukanlah cara terakhir untuk menyelesaikan konflik antara agama.
‘‘Tentunya ada kaedah-kaedah alternatif yang sesuai untuk menangani isu yang amat sensitif ini seperti perbincangan, perundingan dan dialog antara pemimpin-pemimpin agama,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan akan memberi perhatian yang serius terhadap cadangan supaya buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata dijadikan sebagai teks rujukan utama dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
‘‘Saya percaya ini boleh dijadikan bahan rujukan di peringkat sekolah menengah tinggi,” katanya.
Mar 8, 2010
oh sayangku
sejak akhir2 ini, ara susah betul nak bangun pagi. sampai abah pun terpaksa spray dia dgn spray iron.tp punya lah susah nk bangun. macam mana nak bangun awal kalu tidur pun lewat. ara susah nk tidur awal malam2. sebelum pukul 11.30 jangan harap dia akan tidur. kadang2 mama yang tertidur dulu baru dia tidur. masa mana dia tidur pun mama tak sedar.
tanya kat kawan2 takde pulak masalah anak mereka nak bangun tidur. lebih2 lg bagi yg ada adik beradik lain. maklumlah ara sorang2 mungkin dia kurang motivasi utk bangun pg. harap2 nya bila dh ada adik nanti dia blh lah bgn awal. tak tau dh nak buat macam mana.
kalu dh bangun pun oklah. nk boleh ke pegi mandi tu punyalah satu hal. time ni lah nk mama gosokkan gigilah, sabun kan lah.bukan nya dia tak pandai buat sendiri. tp bila kita nak cepat tu lah pagi2 dengan nk berkejar ke ofis nk punch kad dia macam2 ragam. dh siap mandi pun nk tunggu pakai baju pun satu hal lain. nk boleh ke naik kereta macam2 dia minta, nak bawa bekal lah, nk minum susu..macam mana mama tak naik angin..huhuhuh...
mama > ingat pesan pengarah - 4s "solat dan sabar sangat-sangat"
About Me
Followers
My Blog List
-
-
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK5 years ago
-
-
Nothing Much (36)6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?10 years ago
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-