Dec 16, 2009

sonok tgk STORM WARRIOR

. Dec 16, 2009
2 comments


malam td mama n abah tgk wayang..maklumlah sonok gak kan spend time together dgn husband. ni kali pertama tgk kt mbo terminal 2 seremban. mulanya abah ajak tgk santau tp keadaan mama tidak mengizinkan. dulu ms mengandungkan ara tgk pontianak harum sundal malam 2 blk umah ngigau2..huhuh..


so malam tp mmg enjoy tgk citer lawan2 pedang..citer STORM WARRIOR. mmg best sgt...penuh aksi. sesuai dgn mama yg sukakan citer2 aksi ni..

mama suka part:

1. wind n claud berlatih dgn guru masing

2. tentera kembali taat pada raja mereka (terharu)

3. claud selamatkan guru dia

4. wind dikuasai evil

5. claud terpaksa bunuh wind...tp dia tak sanggup


suspen n unexpected...tak sangka akhir dia macam tu. mesti ada sambungan lagi pas ni...walau banyak tak logik tp biasalah citer adaptasi dari komik pedang setiawan..mmg tak logik kan...tp sonok...


mama > tgk hero2 citer ni nampak muda padahal masa mama kecik lagi mereka dh mula berlakon...aron kwok n iking cing...betul ke mama eja nih..tp mmg suka tgk mereka..warrior!abah, pandai tak main pedang macam diorang? ajar mama ye...

Read More »»

daging black paper resipi mama

.
0 comments



resipi daging black paper mama.

1. seketul daging lembu sebesar telapak tangan (dgg batang pinang lembut sikit) potong nipis2

2. dua sudu besar lada hitam tumbuk kasar

3. bawang besar potong bulat2

4. 4 sudu kicap.

5. myk utk tumis

cara2 - letak hirisan dgg dalam kuali non stik, letak air sikit. dh kering kang letak minyak sikit. pastu letak bawang, letak lada hitam n kicap. kacau2 pastu siap. mudah kan...

kalu nk lagi berkhasiat, tambah sayur2 seperti cili benggala, lobak merah, cili merah, jagung muda, daun bawang atau ikut suka la ye.selera masing2...gambar kt atas tu bukan gambar mama. tp amik kt internet..hehehe....mama nyer gambar dgg black paper tak der gambar. tak sompek..

mama > memang sedang makan dgn nasi pns2...

Read More »»

Dec 10, 2009

ayam perap bbq

. Dec 10, 2009
3 comments

gambar ihsan dr intenet


hari tu mak mertua mama tanya resepi bbq kat mama. masa raya 2 tahun lepas (lama dah) mama ada buat bbq kt rumah mak mertua. kira macam jamuan raya bersama keluarga belah mertua la. kalu kt rumah mama (besut) mama goyang kaki n nganga je.hehehe kat rumah mak metua kena lah jdi chef pulak. maklumlah menantu tunggal (setakat ini la) dan yang sulung pulak tu. apa lagi..tunjuk skill lah..hahahaha...

ini resipi yang selalu mama buat kalu nk perap ayam bakar bbq.

resepi mama utk seekor ayam

  • 15 batang serai

  • 3 inci halia

  • 5 bwg putih

  • garam

  • gula

  • 10 sudu sos tiram

  • 5 sudu jintan manis(serbuk)

  • 3 sudu rempah kari

  • 3 sudu limau nipis (ambil jus)

resepi kwn maya mama

  • Seekor ayam yang telah dibersih dan di potong.

  • 10 ulas bawang merah

  • 5 ulas bawang putih

  • 3 batang serai1 senduk sos tiram

  • 2 sudu cili giling

  • 2 sudu cuka makan

  • 1 inci halia

  • 2 sudu serbuk lada hitam

  • garam dan gula secukup rasa

ini resipi yang sarat sikit... tp kalu yg plg simple... serai+bwg pth+halia+garam+gula+sos tiram je.

untuk pencicah

  • cili kering+asam jawa+gula+sos tiram+tomato dadu+bawang besar dadu je....

tp kalu nk senang, beli je sos thai Life kt kedai.hehehe...

sebenarnya yang penting rajin..mama kalu bab sediakan ramuan n perap takde masalah. tp kalu time bakar ayam lari jauh2 sbb tak tahan asap..huhuh..

mama > suka sgt tgk org makan apa yg kita masak kan...



Read More »»

dapur mama "cuti"

.
0 comments

nasi dagang idaman hati

kini usia kandungan telah masuk 12 minggu. thats mean 3 bulan. rasanya dalam tempoh itu, sudah 2 bulan dapur kat rumah maki tidak berasap. hingga dapur gas yang banyak berjasa itu telah mogok dan rosak terus.hahaha...kelakar pulak. maklumlah selama ini kerap masak kat rumah. dh mengandung ni tak lalu pulak nak masak. nak makan pun tak lalu. perubahan mengandung kali ni.


  1. tak selera makan

  2. tak boleh bau kari

  3. tak lalu makan ayam n dgg

  4. suka makan tom yam

  5. suka makan mangga n colek (dgn garam pun layan)

  6. malas buat keje rumah - masak, sapu, basuh baju, lipat bj dll

  7. suka tido

  8. malas gi keje (nk duk tido kt umah je)

  9. pening kepala dgn karenah ara( lbh2 lagi bila dia bising2 dlm kete)

  10. tak boleh bau peluh org (lbh2 lagi jika bersesak2)

byk lagi lah.... tido pun selalu tertidur dulu sblm ara tidur. kesian dia tidur sorang2. abah pun selalu blk lewat sbb byk urusan kt luar. tv dh tak layan dh skrg. dpn tv pun blh tido.hohohoh...

kalu bab selera makan, mama teringin sgt mkn masakan terengganu. nasi dagang, pulut lepa (kt sini pgg pulut panggang), satar, laksam.....wah tak sabar nk blk kg minggu depan. kt sini dh tak lalu nk makan...

pernah mak mertua call, masa tu kami on d way keluar makan..dia ckp dgn ara.."ara buat apa?"

ara jawab "nak g makan kt luar" ..mak mertua tanya dgn nada bergurau "mama tak masak k?" ara ckp "dapur mama cuti"

kelakar ara....bila lah agaknya dapur kami akan kembali normal...semalam abah cakap "semester dpn, abang akan masak" wah ini berita gembira ni.....

mama > teringin juga makan makan masakan suami...

Read More »»

penuhi jemputan satu kewajipan

.
2 comments


mama teringat satu hadis Nabi " memenuhi jemputan adalah satu kewajipan"

mama perhatikan kehidupan kita hari ini seringkali kita tidak dapat memenuhi jemputan kawan atau sanak saudara kita. tidak kiralah jemputan kenduri doa selamat ke, jamuan hari jadi ke, atau apa-apalah jemputan lagi. asalkan orang mempelawa kita hadir memeriahkan sesuatu majlis.

mama mula muhasabah diri, kenapa kdg2 kita lebih mementingkan hal diri sendiri berbanding jemputan ye. sebenarnya jika kita berusaha memenuhinya kita senang2 je dapat pahala kan. tetapi jika kita keuzuran tak pe lah.

hujung minggu ni mama dan abah n ara merancang untuk memenuhi 2 jemputan kawen sekitar PD ni. insyaAllah jika tiada kezuran kami akan memenuhinya...

mama > kdg2 terlupa jika tiada yang mengingatkan...semoga dimudahkan urusan sesama manusia ini.

Read More »»

be a good friend

.
0 comments

kelamarin mama dihubungi oleh kawan baik lama setelah sekian lama kami tidak berhubung antara satu sama lain. apa yang menariknya kami masih dapat merasakan kami tetap kawan baik walau terpisah jauh dek jarak ratusan kilometer. lebih2 lagi apabila kami sama2 bertukar pandangan tentang kehidupan sekarang yang semakin mencabar dan penuh mehnah dan tribulasi.

betullah kata pepatah...carilah kawan seramai mungkin kerana dgn kehadiran kawanlah kehidupan kita lebih berseri

mama > ada ramai kawan dan ada juga yang berpura2 jadi kawan mama..tapi takpe mama tak kisah pun.hehehe...

Read More »»