mama bersama 'Zen' ....amboi malu2 lak zen nih bergambar.hehehe...
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Blog Archive
-
▼
2009
(89)
-
▼
June
(15)
- seronok menunggang kuda
- ^sebagai seorang hamba^
- ~apa yang perlu dibuat~
- macam tak percaya!!!
- picnic @ la hot spring, besut
- ~tersayang~
- wajah kesayangan hamba
- birthday girl
- happy birthday nur fatimah azzahra
- tag from iza
- masjid diserang
- jalan2 ke pasir mas kelate
- perjalanan balik kampung
- kisah keropok lekor
- holiday in hometown besut terengganu
-
▼
June
(15)
Jun 28, 2009
seronok menunggang kuda
Jun 18, 2009
^sebagai seorang hamba^
bila memperkatakan tentang tugas sebagai hamba mama teringat tentang satu perkataan iaitu 'ikhlas'
seringkali kita mengungkapkan kata-kata ikhlas, pentingnya keikhlasan, adakah si anu itu ikhlas, bagaimana nak ikhlaskan diri kita dan sebaginya. tetapi adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan keikhlasan. adakah ikhlas wujud di awal amalan atau hadir di akhir amalan?
mama ada terbaca satu buku berkaitan ikhlas ini. ikhlas ini terbahagi kepada dua:
1) ikhlas kerana kita ingin kan balasan. tapi balasan itu adalah balasan pahala dan syurga Allah swt.
2) ikhlas tanpa inginkan balasan. bila mana kita melakukan sesuatu perkara itu hanya kerana KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH. kita tidak kisah tentang balasan. kita redha dengan apa jua suruhanNya dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan kerana siapalah kita. hanya sebagai HAMBA.
antara kedua-dua ikhlas ini, yang mana pilihan hati? pada mama, mama nak kedua-duanya. mama memang hairan jika ada yang mempertikaikan sesuatu perkara yang dilakukan. ada yang lakukan kerana nak balasan dari manusia, gila glamer, nak menonjol, nak jawatan, nak bayaran dan sebagainya. sebenarnya jika kita fikirkan sedalam-dalamnya sesuatu amalan itu adalah asalnya adalah datang dari Allah. manusia hanya menyampaikannya kepada sesama manusia.
ikhlas semestinya hadir di awal amalan kerana bertepatan dengan sabda Nabi, "sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat"
namun ada juga ikhlas yang hadir di akhir amalan. ikhlas jenis ini selalunya merupakan 'hidayah Allah' kepada mereka yang terlupa menetapkan niat di awal amalan.
jadi, ikhlas sangat penting dan manusia hanya alat untuk kita meningkatkan amalan kerana KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH sudah semestinya sentiasa sukarela dan berlumba-lumba berbuat kebaikan.
mama> terus optimis dan bersangka baik dengan Allah :-)
Jun 17, 2009
~apa yang perlu dibuat~
apa yang perlu dibuat vs apa yang kita nak buat.
banyak perkara dalam dunia ni yang kita nak buat tapi sebenarnya tidak perlu kita buat.
sabda Rasulullah S.A.W
"sebaik-baik kamu adalah orang yang meninggalkan perkara yang tidak berkaitan dengan kamu"
oleh itu mama sentiasa berpesan dengan diri mama supaya tidak sibuk-sibuk sangat dengan hal orang kerana Nabi dah pesan macam tu. banyak kebaikannya jika kita meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan kita. antaranya ialah:
1. elak kejadian add on - tokok tambah (jadi fitnah pulak nanti)
2. elak pra sangka buruk
3. pupuk rasa bertanggungjawab pada hal kita sendiri dan yang bersangkutan dengannya.
ada juga pepatah yang sangat mama gemari iaitu DYP which is Do Your Part.
jika semua orang menjalankan tugas masing2 insyaAllah semua perkara akan berjalan dengan lancar. contohnya dalam sesebuah organisasi, jika seorang pekerja itu buat tugas dengan baik, bos pun mampu memberi arahan dengan baik dan klien pun mampu memberi respon yang membina sudah pastinya sesebuah organisasi itu akan cemerlang.
dalam melaksanakan sesebuah tugas, kita harusnya berfikir dahulu sama ada perkara itu perlu atau tidak. kadangkala kita banyak buat apa yang kita hendak buat. bukan yang perlu kita buat. contohnya jika seorang bos mendapat aduan dari pihak luar tentang pekerjanya, sudah pastinya dia PERLU memdapatkan maklumbalas dari pekerja itu sendiri, bukannya menceritakan hal tersebut kepada orang yang tidak sepatutnya. tidak pastilah apa alasan sekalipun tapi bos itu dianggap tidak profesional jika tidak bijak mengatur permasalahan anak buahnya. perkara ini akan menjejaskan organisasi dan tidak mustahil ada orang luar yang ingin melihat organisasi porak peranda gara-gara sikap bos yang tidak profesional menjalankan tugas. dasar kepercayaan sangat penting.
kita dapat perhatikan sekitar kita, ada aduan berkaitan hal peribadi pun dicampuradukkan dengan kerja. dan ada juga masalah berkaitan kerja dikaitkan dengan peribadi pula. mungkin kita sekadar hendak bercerita, tapi sebenarnya kita TIDAK PERLU BERCERITA terutamanya kepada orang yang langsung tiada kaitan dengan sesuatu masalah itu.
mama > Alhamdulillah sentiasa positif di tempat kerja :-)
Jun 11, 2009
macam tak percaya!!!
abah: sayang, tgk berita ni;
mama: ya Allah. bumbung stadium runtuh.
abah : kt kt tu. nanti blk kita tgk nk?
mama: ok tu.
apa lagi, masa blk dr kg hari tu kami pun singgah lah.
ranap
on the way balik n9, kami singgah kat stadium tu untuk melihat dengan lebih dekat lagi keadaan sebenar stadium yang diserang raksasa itu. memang ranap habis bumbung dia. bersama dengan kami ramai juga yang dtg gaya macam pelancong padahal org tempatan juga. yang kelakarnya siap ada yang buka gerai jual air dan jajan untuk pengunjung yang dtg tgk runtuhan bumbung stadium tu.
dengan kos pembinaan yang tinggi dan kepakaran yang tinggi kononnya, sekelip mata menyembah bumi. apa nak jadi ni??? i am sure there must be something wrong with the construction!
picnic @ la hot spring, besut
ara dan alya
seronok main air
dah kesejukan anak2 nih
budak2 terus main air. org kata bagus berendam air panas kat situ sbb dengan izin Allah s.w.t boleh menyembuhkan mcm2 penyakit dan boleh kuruskan badan. kata seorang pengunjung kat situ ada saudara dia 4 kali berendam kt situ penyakit kencing manis dia sembuh dgn izin Allah.
mama pun ambil peluang ni berendam kt situ dan main2 air dgn anak2 yang lain. bl tengah hari pukul 10.00 semakin ramai orang. ada yang dtg dr pasir puteh dan macam2 lagi.
tengahari tu rehat dan tidur. petang tu pulak siap2 gi kenduri kahwin jiran dan sepupu kt pengkalan nyireh. fuh... penuh jadual!
mama>terapi air Read More »»
~tersayang~
wajah kesayangan hamba
birthday girl
bersama sapupu2 (aisyah, ain, kakchik, alya)
post dpn kek
tak habis2 dgn peace dia tu
tag from iza
tag from iza. ish macam kelakar lak kena tag. iza nih adik junior masa kt kuittho aka uthm.
kekasih saya adalah :
Kekasih --> Allah & Rasul
kekasih --> Noorhafiz Kanafi
saya sedang mendengar :
bunyi burung berkicau
mungkin saya patut :
bersenam lebih kerap dan diet untuk dapatkan berat badan 46 kg seperti masa anak dara dulu.huhuhuhu...
saya baru sudah :
cakap dgn kak ani melalui telefon
beza rakan, kawan dan sahabat:
sedalam mana kita memahami hati dan perasaan mereka.
saya tidak faham :
kenapa susah sangat nk membantu hal2 baik?
saya perlu mencari :
lebih banyak masa untuk membaca dan memahami Al-Quran.
ayat terakhir di katakan kepada saya :
"akak nk tido jap" - ayat kak zarin
makna hidup :
berjasa kepada manusia dan kehambaan kepada Allah sahaja.
cinta itu :
pengorbanan
saya paling suka :
suami peluk dan cium saya..hahahaha...
saya akan cuba :
dapatkan adik untuk azzahra
mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan Lah di akhir ayat mereka :
kecuali saya!
telefon bimbit saya :
n82 - china made
katil saya :
kongsi dgn en apiz
soalan bagi saya yang tidak perlu ditanya :
apa yang saya dapat jika saya tolong awak?
teknologi adalah :
kaedah terpenting untuk menjimatkan masa.
bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak :
seorang diri dan dengan pantas.
semalam :
saya main badminton sampai sakit2 badan hari ni.
hari ini :
perjumpaan dgn pengarah
esok pula saya akan :
mc sbb nk rehat kt rumah
malam ini saya akan :
lipat baju
saya betul-betul inginkan :
kesihatan saya + keluarga coz health is wealth
badminton atau futsal :
futsal sbb tak pernah main. nk gak try.
karaoke :
pernah dpt gelaran poly idol!
makanan jepun adalah :
sushi yang memualkan. itu je yang saya pernah cuba.
bilik yang terang atau gelap :
golap, sonang nk lolap.
ayat terakhir yang nak anda cakap pada seseorang :
i miss you like crazy! nk ckp kt en apiz. sbb en apiz gi kursus skrg.huhu..
kereta :
kia spektra novus nbu 8781
saya nak tag :
umi kauthar! novelis alaf 21 - my ex schoolmate smkatj
Jun 10, 2009
masjid diserang
Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing. Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat. Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut. - sumber berita harian
Jun 7, 2009
jalan2 ke pasir mas kelate
hari ni 4 jun. birthday ara.kek kami dah tempah semalam. kami plan nak raikannya malam nanti bersama keluarga yang lain. hari nih kami ke pasir mas sbb nk hadiri jemputan kenduri kawen abg fizi (ofismate).
sepanjang perjalanan ke sana kereta kami riuh rendah dgn suara bdk2. kakak, ain, kakchik n ara sudah cukup menggamatkan suasana petang tu. dlm perjalanan, perut lapar pulak jadi kami singgah beli kuih baulu n akok kt tepi jalan kt kota bahru. air pulak takder.kering pulak tekak nih. sabar jer lah. selepas 1 jam setengah perjalanan, sampailah kami di rumah pengantin. rumah betul2 selepas round about.apa lagi, selepas jumpa pengantin lelaki (pengantin perempuan belum sampai la masa tu) kami terus ambil pinggan dan ceduk nasi.waaaaa...dah lamo dok make nasi gulai kawoh wei...sedap sungguh.yum yum...make dok ingat doh.tekak pun masing2 tgh kering.apa lagi...
ni lah dia pasangan pengantin (abg fizi + ilyani) semoga bahagia selamanya
abg fizi nih aku kenal sejak kt ittho lagi. dia merupakan antara orang yang plg pro wat drawing either using manual or autocad. sampai skrg kt polipd pun dia tetap pakar. tabik spring ar kt dia. rupanya barulah aku tahu abg fizi satu2 nya lelaki dalam adik beradik dia. wah nampaknya pakcik abdul fatah dapat menantu perempuan satu2 nya hari ni. rumah ilyani dekat jer dgn umah abg fizi. kira kalu blk raya tak gaduhlah.hehehe.. selamat pengantin baru buat kedua nya. ramai juga staf ppd yang dtg majlis ni.
on the way blk ingat nk gi rantau panjang, tp dengar dr kawan yg jalan ke sana sesak giler. so tak jadi lah kami ke sana. huhuhu..
kiranya berliku juga la jalan kami nk ke sana. kerete juga terpaksa parking dekat nk masuk semak. hehehe..
pastu kami teruskan perjalanan dan singgah sekali lagi beli kuih baulu dan air sirap bandung. jauh juga pasir mas nih. sampai jertih, kami singgah kedai kek ambil kek hari jadi ara. sibuk budak2 tanya kek warna apa, macam mana...kami cakap surprise lah...
perjalanan balik kampung
alhamdulillah, dengan izin Allah, selasa malam rabu 2 jun kami bertiga bertolak balik kampung dari port dickson pukul 8 malam. kami singgah di giant senawang untuk membeli penyangkut baju 3v yang kak ta pesan. ara sudah tidak sabar nak jumpa sepupu2 dia kt kg nanti. sepanjang perjalanan asyik bertanya jer.
mula2 kami rancang nk singgah tidur di muadzam, tapi memandangkan abah belum mengantuk that time, so kami berhenti tidur di petronas gambang pukul 1 pagi. abah n ara tidur dgn nyenyaknye. siap berdengkur lagi dua2. mama tak lena sbb perut tak berapa sedap. pukul 6.30 baru bangun solat subuh. pergh lama tuh tidur macam kat umah.hahahaha... ara pun bangun dgn segarnya. kami meneruskan perjalanan dan mandi di kawasan rehat yang ada bilik mandi. riuh sekali ara mandi sambil nyanyi.malu mama...huhuhu...
pukul 12 sampai di kedai keropok lekor 009 marang. inilah antara gambar yang sempat kami rakam di sana.ara siap makan ais krim lagi. seronok lah sbb masa nih tak ramai orang maklumlah hari rabu orang bekerja.
mama beli keropok lekor rebus rm10 ringgit utk dibawa balik. kat situ kami makan keropok lekor goreng rm2 dgn air kelapa.
pukul 2 petang, kami sampai rumah. dapatlah jumpa family tercinta masa tu. setelah 4 bulan tak jumpa. huhuhu...badan yang penat pun hilang tgk kegembiraan terpancar di wajah ibu tersayang. Read More »»
Jun 1, 2009
kisah keropok lekor
keppok lekor marang
mama kalu blk kampung mama kt terengganu, mesti tak lupa beli keropok lekor kt marang terengganu. kedai yang plg mama suka ialah OO8. kedai ni kt pantai kelulut marang. seberang jalan dengan pantai kelulut tu. satu lagi kt kedai sukaramai kt mengabang lekor, batu rakit pun sedap juga. kt PD ni mama tak jumpa lagi kepok lekor yang sedap.huhuhu...kalu g pasar malam ada juga teringin nk makan tp tak pernah beli sbb memang nampak kurang menyelerakan.
masa mama kecil dulu arwah ayah dan cik pernah buat keppok lekor sendiri. mudah jer buat nyer. asingkan isi ikan dari tulang, mesin ikan dan adun dgn tepung sagu dan sedikit garam. pastu uli dan bentukkan pjg2 n rebus. dh siap rebus blh potong n goreng..sedap.....cara nk buat collek dia pun mudah. cili boh + asam jawa+ gula + sedikit garam + sedikit air. ada juga yang letak cuka ganti asam keping. mana-mana pun boleh. biarkan menggelegak atas dapur dan siap utk di makan. sama je macam pencicah biasa. lagi pekat lagi sedap.
p/s : azzahra pun suka kepok lekor sama mcm mama.
holiday in hometown besut terengganu
hoorey...hoorey...hoorey it's a holiday... started tomorrow 3rd june we gonna go back to terengganu for a holiday... :-) dh lamo dok make keppok ganu ni. mama plan blk nanti :
1. g wedding abg fizi kt pasir mas - 4jun
2. celebrate bday azzahra bsama family - 4jun
3. g jln2 cr make (sata, nasi air, ns dagang dll)
4. ziarah sanak saudara n shbt handai
5. mandi air terjun lata belatan
6. shopin keppok keping n ikan bilis
5. jln2 pasar tani + pasar malam
dan byk lagi...tp cuti sampai ahad jer. that mean 5 days only .sempat ke nk buat semua benda ni???
p/s: 4 bulan tak blk kg...huhuhu..
Read More »»About Me
Followers
My Blog List
-
-
-
Why did I become a Muslim? | Daud Kim5 years ago
-
Trip Percuma Shaklee 2018: Day 1 - Barcelona6 years ago
-
Lama tak pergi bercuti6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-