PETIKAH AKHBAR MALAYSIA KINI
'Jangan layan penjenayah macam hero'
Jan 28, 09 8:23pm
Menteri dalam negeri tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang, lapor Bernama.Tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap mereka yang melanggarnya walaupun polis."Kita tidak akan sembunyikan apa-apa fakta," katanya kepada para pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Mengulangi kenyataannya secara umum, Syed Hamid berkata orang ramai tidak boleh mengagung-agungkan seseorang penjenayah seolah-olah seorang hero.Syed Hamid bagaimanapun enggan mengaitkan kenyataannya itu dengan kematian suspek curi kereta A Kugan semasa dalam tahanan di balai polis Taipan, Subang Jaya, Selasa lepas."Saya tidak menuding jari kepada sesiapa," menteri itu dipetik berkata.Beliau menjelaskan, dalam siasatan 19 kes curi kereta dan samun bersenjata, polis telah menahan tiga yang disyaki termasuk Kugan.Menteri itu juga meminta orang ramai jangan mempolitikkan siasatan kes kematian Kugan itu kerana ia boleh menyukarkan lagi tugas polis."Mereka hendaklah bercakap mengenai kes itu berdasarkan fakta dan bukannya andaian," katanya.Bedah siasat awal menunjukkan Kugan meninggal dunia akibat paru-paru berair.
Bagaimanapun, bedah siasat kedua dijalankan setelah keluarga Kugan tidak berpuashati dengan punca kematian Kugan itu.Jumaat lepas, Peguam Negara Tan Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kes kematian Kugan sebagai bunuh.Polis masih menyiasat punca kematian itu dan keputusannya dijangka diketahui dalam masa terdekat.Jenazah Kugan disemadikan di Puchong petang tadi.
P/S: DUNIA DH TERBALIK....PENJENAYAH PULAK DIBELA...
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Blog Archive
-
▼
2009
(89)
-
▼
January
(16)
- dunia dh terbalik???
- produk boikot
- lukisan (nampak mcm hidup kan)
- TERUSKAN BOIKOT!!!
- jihad
- GAZA TERUS BERGOLAK
- pendaftaran pelajar baru politeknik port dickson
- tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
- tip kewangan keluarga 2009
- stop killing them!!!
- Ya Allah
- TIPS MEMILIH PERLINDUNGAN INSURANS (YANG SAYA RUJUK)
- wife vs girlfriend (jokes only)
- kelebihan puasa 10 muharam
- speechless :-(
- tips menguruskan kewangan 2009
-
▼
January
(16)
Jan 28, 2009
dunia dh terbalik???
Jan 12, 2009
produk boikot
senarai produk yang menyokong yahudi durjana!!!
AOL Time Warner
Apax Partners & Co Ltd
Coca-Cola
Danone
Delta Galil
Disney - tukar kepada anakku dll
Estée Lauder - aku memang tak pakai yg mahal2 mcm nih
IBM
Johnson & Johnson - tukar kepada anakku dll
Kimberly-Clark
Lewis Trust Group Ltd
L’Oreal - aku guna sendayu tinggi - tempatan you
Marks & Spencer
Nestle - ara pun kena tukar susu...sblm nih minum nespray..huhuhu
News Corporation
Nokia
lukisan (nampak mcm hidup kan)
p/s: walau macam mana indah pun sesebuah lukisan itu, manusia tetap hanya mampu melukis. sesungguhnya Allah SAHAJA yang maha Menciptakan, Menghidupkan dan Mematikan. MasyaAllah!!!
TERUSKAN BOIKOT!!!
di petik dari email seorang kawan ex-smkatj
Boikot Barang dan Produk Amerika dan Israel
Tindakan kebiadaban Imperialis Israel di bumi Palestin telah mendapatkan berbagai respons dari kalangan umat Islam, termasuk ulama-ulama Islam.
tokoh Islam, seperti Syaikh Dr. Muhammad Sayyid Thanthawi, Syaikhul Azhar, yang selama ini terkesan lentur dalam setiap pernyataannya, kini lebih tegas lagi akan kemestian memerangi musuh-musuh Islam, "Apabila kamu tidak mampu memerangi mereka (musuh-musuh Islam, Israel dan Amerika Serikat) dengan senjata, maka minimal lawanlah dengan memboikot barang-barang dan produk-produk mereka."
Banyak tokoh Islam dunia yang mendukung kemestian pemboikotan barang-barang dan produk-produk Israel dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa untuk merespon tindak kejahatan yang mereka lakukan di bumi Palestina. Mereka adalah Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Satar Fathullah Said (Dosen Syariah Universitas Al Azhar), Dr. Naser Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. Abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan lain-lain.
Berikut ini fatwa yang ditanda tangani tidak kurang dari 70 ulama Sudan dan negara-negara Islam lainnya, seputar wajibnya memboikot barang-barang dan produk-produk Imperialis Israel dan Amerika Serikat. (Untuk Disampaikan kepada seluruh insan yang empunyai hati nurani.)
jihad
salam. jihad sebenar ialah jihad melawan hawa nafsu (kehendak).
sekarang mari bersama jihad menentang israel dengan memboikot barangan israel. saya pun sama kena berjihad.
1) boikot tesco (walaupun susah tapi kena cuba jugak)
2) boikot mcD (walaupun burger and sundae mmg lazat)
3) boikot barangan disney dan johnson&johnson (barangan ara)
boleh rujuk senarai boikot yang telah Persatuan Pengguna Islam (PPI) keluarkan.
p/s : jangan hanya kata "jika setakat boikot, berjaya ke?". lebih baik buat dari tak buat apa2, yang penting usaha, bukan menjatuhkan usaha org lain! ish sampai bila org Islam nk bersatu dlm hal2 mcm2 nih kan....
GAZA TERUS BERGOLAK
ya Allah, selamatkan Palestin dari terus bermandi darah
anak2 terus kehilangan ayah
isteri terus kehilangan suami
ibu terus kehilangan anak lelaki
anak kecil terus menderita
dibunuh sewenang2 nya..
ya Allah..tunjukkan kekuasaanmu ke atas Israel laknat!!!
Read More »»pendaftaran pelajar baru politeknik port dickson
selamat datang kepada semua pelajar baru.
datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan!!! insyaAllah kita berjumpa di puncak kejayaan.
Jan 6, 2009
tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
dipetik dari sebuah akhbar tempatan
Penyumbang misteri AS$6.7j untuk Gaza
RIYADH – Seorang ahli perniagaan Arab Saudi mendermakan sebanyak AS$6.7 juta (RM23.51 juta) bagi membantu penduduk Palestin di Gaza yang kini menjadi mangsa serangan ganas tentera Israel. Ahli perniagaan itu yang enggan dikenali mendermakan wang tersebut kepada satu tabung Gaza selepas satu kutipan derma diadakan di seluruh Arab Saudi.
Kempen kutipan derma itu berjaya meraih hampir AS$32 juta (RM112.3 juta) termasuk sumbangan daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah dan adik baginda, Putera Mahkota Sultan. – AFP
p/s: teringat ijam, bagaimana nk jd hartawan dan dermawan?
tip kewangan keluarga 2009
1. meneruskan amalan menabung (paling kurang rm50 sebulan) - jika setahun dh dpt rm600!jom main kutu nk?
2. kurangkan penggunaan kad kredit - kadar caj tahunan 18% .banyak tu kan? so kurangkan, jika boleh hentikan terus. cuma kallau terpaksa standby jer. ambil yang yuran tahunan percuma tanpa syarat2 lain. kdg2 ada yang yuran tahunan percuma, tp dgn syarat setiap bulan kena guna juga.
3. senaraikan barangan yang hendak dibeli (buat list dan bawa ke pasaraya)
4. memberi barangan tempatan - kalau nk bercuti pun cuti kt dalam negara jer (save sikit).
5. jimatkan penggunaan elektrik dan air - masak air guna kan cerek biasa, bukan cerek elektrik kerana kadar pemanasan itu yang menyebabkan bil tinggi. iron bj secara pukal (terus iron byk)
6. menikmati hidangan di rumah - msk di rumah (walaupun simple tp berbaloi kan)
stop killing them!!!
yahudi! kenapa kau terus mengganas?
kau biarkan anak-anak kecil terus menjadi mangsa!!!hentikan semua ini!
Ya Allah
TIPS MEMILIH PERLINDUNGAN INSURANS (YANG SAYA RUJUK)
Berikut adalah tips2 yang saya ingin kongsi yang mungkin dapat membantu anda dalam memilih produk insuran yang sesuai dengan anda. .
1. Tanya diri sendiri, adakah anda memerlukan perlindungan insuran?Jawab sejujur dari dalam hati anda, adakah anda memerlukan perlindungan insuran atau tidak. Jangan setakat ikut kawan atau setakat ada. jika sudah ada, ketahui n selidiki perlindungan yang ditawarkan kepada anda. Berbeza dengan caruman socso dan KWSP, insuran adalah salah satu lagi cara yang dapat membantu anda dan keluarga anda dari segi kewangan kerana ia dapat mengurangkan atau menanggung biaya pembiayaan kesihatan anda. Malahan prudential takafaul dapat memberi perlindungan kewangan walaupun anda tidak dapat bekerja kerana mengalami sakit kronik dengan membayar premium anda sehingga berumur 80 tahun.Malahan bahagian tabungan untuk polisi anda akan diteruskan sehingga ke umur 80 tahun.Sekurang2nya wang kwsp/pencen/simpanan anda tidak perlu digunakan untuk membiayai kos perubatan anda.
2. Kenal pasti perlindungan yang anda mahu dan yang anda mampu.Paling penting, anda perlu fahami dan halusi setiap polisi perlindungan yang ditawarkan kepada anda, fahami setiap perenggan atau terma yang dinyatakan pada setiap mukasurat. Ini adalah penting untuk anda memahami setiap ringgit yang anda laburkan itu akan dapat dituntut sepertimana yang termaktub.
3.Pastikan cara pembayaran yang memudahkan anda.Pastikan cara pembayaran premium bulanan anda memudahkan anda, bukan merumitkan. Kini pembayaran boleh dilakukan dengan mudah menerusi auto debit dari akaun simpanan anda atau potongan kad kredit. Saya cadangkan anda melakukan menerusi auto debit. Kerana mungkin 2 atau 3 tahun akan datang anda mungkin akan menamatkan akaun kad kredit anda.
4. Kalau boleh, ambil dari ejen sepenuh masa dan yang berpengalaman. Tetapi tidak salah jika mengambil polisi insuran dari ejen separuh masa jika anda merasakan mereka komited menjalankan tugas sebagai wakil insuran.Secara logik, wakil insuran sepenuh masa dan yang belum berkahwin pasti dapat memberi masa yang lebih berbanding wakil yang telah berkahwin. Jadi Semua itu harus diteliti kerana ia akan memberi kesan kepada anda kemudian nanti. Jadi pilih yang terbaik buat diri anda.
5. Jika anda masih tidak yakin dengan penjelasan yang diberikan oleh wakil insuran,Minta tempoh untuk berfikir dan bertenang. sekurangnya 3 hari. Fikir dahulu dan kajilah polisi yang ditawarkan itu dengan merujuk pada kawan yang arif dalam bidang insuran sahaja. Bandingkan polisi yang ditawarkan anda dengan polisi orang lain atau polisi yang ditawarkan syarikat insuran lain. Sekurangnya anda tahu, apa yang terbaik buat anda untuk hari ini dan masa akan datang.
6. Sekiranya anda telah pun ada perlindungan insuran yang diberi oleh pihak syarikat atau keluarga, bandingkan lah polisi yang diberi pada anda dan fikir untuk jangka panjang. Selalunya perlindungan insuran yang diberi oleh pihak syarikat hanyalah bagi tempoh masa anda bekerja semasa dengan syarikat sahaja. Jadi adalah bijak jika anda mengambil polisi persendirian untuk mengelakkan kesulitan dikemudian hari terutama setelah anda meningkat umur. Saya sendiri buat masa ini ada 3 perlindungan insuran, satu dari syarikat(selagi saya masih berkhidmat), polisi persendirian(prudential), dan polisi income hospital(maybank). Sekurangnya risiko jika berlaku kesulitan dikemudian hari dapat diminimumkan. Umum harus mengetahui kadar premium bulanan adalah berbeza mengikut umur, dan tahap kesihatan seseorang. Tahap premium untuk polisi yang ditawarkan hari ini mungkin berbeza pada sepuluh atau dua puluh tahun akan datang. Waktu yang sesuai untuk mengambil polisi insuran adalah seawal usia dimana bayaran premium adalah lebih murah dan kelulusan permohonan juga lebih mudah kerana risiko terkumpul adalah lebih rendah.
7. Pilih pelan perlindungan yang ada ikatan pelaburan(atau pelan pendidikan). Sekurangnya setiap ringgit yang ada bayar setiap bulan ada bahagian untuk pelaburan. Mungkin tidak sebanyak jika dibuat pelaburan secara total menerusi saham amanah atau unit trust, tetapi sekurangnya setiap ringgit anda mempunyai nilai yang memberi pulangan.Tanya wakil insuran anda, berapa banyak bahagian dari pembayaran anda itu dimasukkan ke dana bersama dan berapa peratus dilaburkan untuk mendapat pulangan.
8.Pilih perlindungan yang menawarkan kad perubatan, jika ada, kenal pasti jenis perlindungan yang ditawarkan oleh kad perubatan tersebut. Kenal pasti senarai klinik dan hospital yang menyertai senarai panel berdekatan dengan tempat tinggal anda.Bandingkan dengan kad perubatan yang lain jika anda tahu untuk memastikan kad perubatan yang terbaik bagi anda.Pastikan samada kad perubatan itu disediakan oleh pihak ketiga(third party) atau panel utama.
9.Tanya wakil insuran itu berapa tempoh yang diambil untuk proses kelulusan dan jika diluluskan berapa lama tempoh masa yang diambil untuk mendapat buku polisi untuk semakan lanjut
10.Tanya kaedah2 atau cara2 membuat tuntutan mengikut prosidur sebenar. Mungkin wakil yang bagus akan melakukan semuanya untuk anda(anda hanya perlu sign sahaja), tetapi anda masih juga perlu tahu proses tuntutan sekurang2nya anda tahu apa yang perlu dibuat apabila wakil insuran anda tidak membantu anda.
11. Tanya kaedah atau proses untuk menamatkan insuran mengikut cara yang betul dan berapa masa yang diambil untuk menamatkan polisi.
selamat membuat pilihan :-)
Jan 5, 2009
wife vs girlfriend (jokes only)
Difference between wife and girl friend
Wife is a HARIMAU ...............
Girlfriend is HARI HARI MAHU
Wife is like TV,
Girlfriend is like Handphone (HP)
At home watch TV, Go out bring HP.
No money, sell TV. Got money change HP.
Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.
TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.
TV is big (terasa tau), bulky and most of the time old. HP is cute, slim, curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding.
Most Important, TV got remote but HP don't have.
Last but not least.......TV do not have virus but HP have VIRUS......
Once get it, HABIS LAH.
So better choose TV lah!!!
kelebihan puasa 10 muharam
Subject: KELEBIHAN BERPUASA HARI ASYURA (10 MUHARRAM)- 7 JANUARI 2009
Muharram Menjelang Lagi Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' IAITU PADA HARI RABU 7 JANUARI 2009 . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.
Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim. Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :
" Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram. SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala '.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam... "
speechless :-(
p/s: Ya Allah, selamatkanlah umat Islam di Palestin.. mata mula bergenang :-(
tips menguruskan kewangan 2009
salam.
dalam keadaan ekonomi yang dijangkakan sangat tidak stabil sepanjang thn 2009 ini, kita perlu berhijrah terutama dar isegi pengurusan belanjawan. di sini saya akan kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman dan pengisian yang didapati dari Hijrah Wealth Management (Konsultan Kewangan)
1. menabung
2. mengurangkan belanja
1. menabung?
ada yang berazam tahun baru ini akan menambahkan tabungan. kenapa tabungan itu perlu? kerana langit tidak selalunya cerah dan kadang kala pada waktu terdesak kita perlukan sumber kewangan. bagaimana nak menghadapi saat2 terdesak jika kita tiada tabungan? lebih2 lagi pada waktu itu gaji dah habis? oleh itu, saya menyarankan kepada diri saya agar jika mampu, menyimpanlah paling kurang 5-10% dari gaji kita setiap bulan. jika gaji rm2000, simpanan perlu sebanyak rm100-rm300.
tabungan diperlukan untuk
- bayar insurans tahunan kereta
-belanja keperluan sekolah anak
-percutian keluarga
-perayaan (hari raya dsb)
bagi yang ada anak, galakkan mereka menabung. dan berikan ganjaran kepada mereka jika mereka dapat menabung.
insurans perubatan anak?
satu perkara lagi yang perlu ialah insurans. ada yang bertanya kenapa perlu insurans? insuran yang sangat diperlukan sekarang ialah insuran perubatan. terutama untuk anak2. terdapat banyak insurans perubatan sekarang ini. dan hasil dari pengamatan saya insurans "takaful prudential bsn" yang paling rendah kadar bayarannya yang mana lengkap dengan kad medic. dengan rm100 setiap bulan kita sudah boleh mendapatkan insuran perubatan anak.
pelaburan hartanah atau pelaburan amanah saham?
analisis dari perunding pelaburan negara, dianggarkan harga nilai hartanah akan jatuh teruk sepanjang 2009 ini. hartanah yang dimaksudkan ialah rumah, tanah, shop lot dsb.
antara yang dicadangkan ialah berhati2 membeli hartanah dengan menitik beratkan 3 aspek berikut:
a. berapa banyak nilai tunai yang kita ada (elakkan membuat pinjaman - ekonomi tidak menentu)
b. lokasi hartanah
c. return on investment -adakah hartanah itu akan kita sewakan atau guna sendiri
jika kita membeli hartanah yang tinggi, pastikan nilai pulangan itu dapat menampung semula wang yang telah dilaburkan.
jadi, adalah lebih baik jika kita membuat pelaburan amanah. terdapat baynak jenis saham amanah sekarang ini.
2. mengurangkan belanja
bila bercakap tentang belanja. terdapat beberapa jenis perbelanjaan kita:
- installment (kereta, rumah dll)
- pakaian
- makanan (di rumah dan di pejabat)
- minyak kereta
- bil air, elektrik, telefon, intenet
- kesihatan (ubat2 dan bil hospital - di galakkan dapatkan insuran)
- keperluan rumah (sabun, ubt gigi dll)
ada perbelanjaan yang melibatkan harian (makanan), mingguan (lauk2 dll) bulanan (keperluan rumah, kereta dll)
jadi, amatlah penting untuk kita merancang dan melaksanakan perancangan kita. jangan sesekali biarkan "over budjet" berlaku.
dalam berbelanja, kita perlu kenalpasti-
-keperluan atau kehendak
-sumber yang ada
-kualiti dan jangka hayat penggunaan
saya teringat dengan ungkapan
"berbelanjalah mengikut keperluan, bukan mengikut kemampuan" :-)
kerana kadangkala kita perlu sesuatu, tetapi kita tidak mampu, pada masa inilah pelbagai cara perlu digunakan termasuk mencari pendapatan tambahan kerja lebih) dan elakkan berhutang!
dan ada kadangkalanya kita mampu, tapi kita berjimat kerana kita tidak perlu sesuatu itu
peringatan untuk diri saya dan kita semua
> beli yang perlu. yang hendak tu, sabar dulu.
kesimpulannya, berhijrahlah dalam menguruskan kewangan demi masa depan gemilang bukan untuk diri kita sahaja, tapi untuk kesenangan keluarga kita dan keturunan kita juga.
p/s: yang perlu itu kereta, yang hendak itu aksesori kereta, modify sana modify sini
yang perlu itu tudung menutup aurat, yang hendak itu tudung ekin, tudung datuk siti
yang perlu itu hotel untuk tempat tidur, yang hendak itu hotel 5 bintang jaga reputasi
semua yang perlu itu tetap perlu, yang hendak itu sekadar memuaskan hati
setuju tak?
About Me
Followers
My Blog List
-
-
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK5 years ago
-
-
Nothing Much (36)6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?10 years ago
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-