salam.
saya ingin membicarakan tentang kepimpinan dan isu sekarang berkaitan pelaksanaan peraturan yang dibuat manusia dan Allah.
dalam kepimpinan ada byk step dlm menentukan keputusan
1)buat peraturan dengan mengambil kira pandangan org yg dipimpin
2)buat peraturan tanpa mengambil kira pandangan org yg dipimpin
3) buat peraturan dahulu, then sebarkan kebaikan peraturan tersebut kpd org yg dipimpin
4) rakyat yang dipimpin mencadangkan peraturan , then pemimpin putuskan nk terima atau tidak cdgn tersebut.
yng jelasnya di sini, tiap peraturan itu adalah bertujuan untuk "mengelakkan sesuatu masalah yang lebih besar daripada berlaku"
cth : peraturan Allah menegaskan "jangan dekati zina" KERANA nak elakkan zina (masalah yang lebih besar dlm masyarakat) yg boleh mencemarkan keturunan dan nasabnya.
cth : peraturan di universiti tidak boleh meniru tugasan atau plagiat KERANA nak elakkan masalah ketidakjujuran dalam alam kerjaya kelak (masalah pecah amanah dan rasuah)
peraturan had laju, tali pgg blkg pula nk elak kemalangan jln ry.
byk lagi peraturan yang Allah buat dan yang manusia buat, semuanya adalah bertujuan untuk mengelakkan masalah dalam masyarakat sekarang ini. cuma jika peraturan tersebut
tidak dipatuhi akan didenda oleh pihak yang menguatkuasakan peraturan tersebut. jika manusia buat, akan didenda dan sbgnya. tp jika ALLAH yang buat peraturan tersebut, balasan sudah mestinya mengikut yang Allah kuatkuasakan. hukuman dunia mungkin boleh lepas, tp di akhirat tidak mungkin!
tugas kita ialah mengikut setiap peraturan yang telah ditetapkan, jika kita tak ikut, mesti bersedia menerima hukuman. so jln terbaik jgn langgar hukum yg ditetapkan. "act at your own risk"
sesungguhnya setiap apa hukuman atau peraturan yang telah ditetapkan telah melalui byk proses sebelum diluluskan, bermula peringkat cdgn dan akhirnya kelulusan utk dilaksanakan. cuma kadangkala akan dipinda jika berlaku perubahan selepas diperhalusi (peratusan manusia di dunia)
sesungguhnya, jika peraturan itu adalah dari Allah (hukum hudud), pencipta dan pentadbir sekalian alam, siapa kita yang hanya diciptakan olehNya utk mempertikaikannya? astaghfirullah.
semua peraturan ada hikmahnya, cuma manusia yang lemah dan dikuasai nafsu sering melanggarnya. percayalah.. ..kaedah pelaksanaan perlukan kefahaman dan penghayatan sebenarnya. bergantung kepada kebijaksanaan pihak pemerintah dan para pemimpin YANG DIPERCAYAI DAN DIHORMATI RAKYAT utk menyampaikannya kpd semua rakyat.agar rakyat boleh menerima dgn hati terbuka dan penuh tggjwb.
p/s: apalah sgt ilmu yg ada dlm diri kita nk dibandingkn dgn org yg hari2 mengadap kitab Allah dan berdakwah ke jalan Allah
wsalam.
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Blog Archive
-
▼
2008
(42)
-
▼
December
(31)
- untuk semua, bacalah
- 26/12/2008 - friday
- 25/12/2008 - thursday
- 24/12/2008 - wednesday
- 23/12/2008 -tuesday
- 22/12/2008 - monday
- 21/12/2008 - sunday
- the importance of being good person with mahmudah ...
- don't say something bad about others
- janda baik...?tak jadi! tukar ke melaka!
- hari senibina 2008
- malam pra graduasi jka
- tips for final jka
- seminar personaliti jka
- seminar intelek jka
- CALIS -jka
- alumni uthm 19-21/12 di janda baik
- minggu menanda paper
- lagu yang saya suka sejak dulu lagi
- harga minyak turun, harga barang terus naik!
- pendidikan sepanjang hayat
- kelebihan kayu sebagai binaan (C 1022)
- kisah kopi tanpa gula putih
- daging landak
- perjalanan blk kg raya haji
- HARI SENIBINA 2008
- SIKAP SEORANG PEKERJA
- CERAMAH "TIPS 4 FINAL"
- CERAMAH "KENAPA MESTI BERJAYA"
- CERAMAH "SEMINAR PECUTAN TERAKHIR"
- CERAMAH "BUDAYA KERJA CEMELANG - FAMA RENGIT"
-
▼
December
(31)
Dec 31, 2008
untuk semua, bacalah
Dec 30, 2008
26/12/2008 - friday
salam.
after subuh continued slept.hahaha this is golden chance to qada' tido.. azzahra played with nenda2 nya. i n hubby slept soundly.
woke up 8am and the breakfast already prepared.thanks mom!
that afternoon, mom and i cooked for lunch.what meal?msk lomak cili api ikan senangin, sambal belacan, daging masak kicap, ulam kacang botol. memang meletup! very delicious and inilah "ancaman diet" i :-)
after jumaat, i and hubby went to tampin town. just two of us. jejalan sambil tgk tabiat manusia. ada yang ghairah berbelanja, ada yang tgk2 jer, ada juga melayan karenah ank2 yang sdg spend their school holiday.
here a little tips for those who want to shop:
1. list down what you want to buy
2. identify either it is "keperluan" or just a "kehendak"
3. check out the quality, and the reasonable price.
4. think of our future!
that night, we had "kerangka ayam" and some kuih only. diet ke?i guessed so.
p/s: tak mudah mencari duit, tp mudah menghabis duit. so, find barakah rezeki and spend it wisely.
25/12/2008 - thursday
salam.
thist morning we decided to go to kak nik's new house at dengkil, sngor. kenduri kesyukuran dan doa selamat due to her new house home coming.
we began our journey at 11am after packing coz after that we blk kg. reached kak nik's house at 12.00 pm and quests had started to eat. there's alot of kelantan meal there
1) gulai daging ala "gulai kawah"
2)kerisik ayam
3)tapai pulut
4)ulam etc
after having that meal, we got some baulu and dadih (take away). then we went to loyat. hubby had deals there.azzaha and i just waited in car while hubby settled his work at loyat. huhuhuh my stomach made trouble!dont know y.
rest at rr seremban on the way home. we met fara nur asma. she was on her way back from seeing her husband at kl. we had our dinner at kfc. that was my 1st time ate at kfc by buffet.hahaha so weird for me.theres no more set for meal.and customers only 4-5 person at one time...azzahra as usual, play in the playland inside the kfc. then, we had a visit to the near by pasar tani. the items sold there were reasonable laah. we bought some fruits, asam kecut (hahaha) etc. we couldnt stay long there coz it was started to rain. we continued our journey to my father in law house.
finally we reached air mawang at 8pm and azzahra already slept. so tired..zzzzz.. :-)
p/s: hasrat nk tapau tapai dr umah kak nik..tp malu..huhuhu
Dec 29, 2008
24/12/2008 - wednesday
cicak man 2!!!!today we planned to watch cicakman 2 at tgv jaya jusco.
23/12/2008 -tuesday
kak idah (azzahra's baby sitter) not available today.my hubby went to loyat plaza with abg shah for the whole day. so, worst come to worst i have to bring azzahra with me to the meeting today (9am). thanks God she was ok with that.
22/12/2008 - monday
my students exam papers not marked completely yet!
21/12/2008 - sunday
this day was a very tiring day. during the meeting og alumi uthm, there's a few determination due to the 2009 planning such as :
Dec 24, 2008
the importance of being good person with mahmudah behavior
salam.
all muslim are taught and been trained to have mahmudah behavior. what is mahmudah behavior? well, there are actually two behavior of human being. either mahmudah or mazmumah.
mahmudah is a good behavior based on humble and obedient towards Allah's order and Rasulullah's wil.
while mazmumah is opposite mahmudah which is bad behavior.
how to have mahmudah behavior?
1) create biah solehah (islamic environment) such as listening to IKIM.fm (radio)
2) do not escape 5 times solat
3) go to mosque consistenly (especially man family leader, husband and father)
4) marry someone like islamic environment (love Allah and Rasulullah, don't like useless entertainment extremely such as fast song, fast food, fast sex, wayang, keep their aurat, like to recite Quran, hadis etc)
5) increase solat hajat and sedekah jariah.
p/s : what a wonderfull world this would be if anyone practice islamic environment (biah solehah) and mahmudah behavior :-)
don't say something bad about others
salam.
today is not a very lucky day. but the something i am going to tell here is about how to control our emotion. when something happens in our life which is we cannot accept it, we have to control it no matter how bad mood we are. don't ever say anything bad such as "kurang ajar, sial and so on".
please be polite to others and stay calm, humble actually when someone hurt you or not follow your own rules. these are few steps to control our emotion :
1) recite "astaghfirullahalazim" which is mean "please forgive me Ya Allah"
2) Allah create other human because Allah create all human being. you also! think twice to say something bad about others.
3) maybe something bad happen to you is a punishment from Allah. Allah can use many mechanisms to test you.
4) just smile and bother them away!
5) you appoint someone's fault, one day many people will appoint your fault too...no doubt anymore!
p/s : stay cool and remember Allah always... Allah in our heart forever :-)
Dec 20, 2008
janda baik...?tak jadi! tukar ke melaka!
salam.
ingat tak hari tu saya bg tau ada bengkel alumni kt janda baik? sebenarnya kami dh sampai kl br dpt tahu prog tuh kt melaka. dh tukar last2 minit. ces...kurang asam!!! tapi takper blh gi jln2 kt sogo.
petang jumaat tuh nk boleh ke sampai sogo habis call sana sinih tanya how to reach there by car coz before this we went there by lrt maaa... tup2 kejap jer dah sampai. memang ALLAH permudahkan perjalanan ke sogo.
after shopping kt sogo, we all pusing balik ke melaka. tak ke kerja giler namanya..hahaha :-) tp pengalaman kn..
then kami check in kt hotel nama mitc ancasa hotel melaka. ok gak la hotelnyer so sapa2 yang plan nk bercuti leh stay sinih yer.
hari nih dah hari kedua.
sampai jer hotel (jumaat jam 8 malam) terus dinner n siap diri. bengkel mula malam ni sepatutnya tp ada beberapa kesilapan teknikal jd bengkel mlm nih tangguh hr sabtu.
hari nih hr sabtu... jd program mula dr jam 9 hingga 2.30 pagi..hah! 2.30 PAGI???? betul beb..sampai pagi kami berbengkel..memang berasap..berapi lah otak kami(uthma) memerah otak bersama team uthmac...terutamanya saya+asha+gmie+dat+ramadan+bro khaspi mlm td.smpai pg beb ber diskusi.. kalu tak jalan gak keje tak tau ah..plan of action, SWOT la...bla..bla..bla..
oklah skrg jam 3.30 am and saya kt bilik hotel using my hubby nyer broad band..maaf yer tak ckp nk pjm.hehehe jgn marah darling yer :-)
nk tido lak. jumpa esok lak yer.. insyALLAH. gud nite.
P/S: ijam, tgk aku bh wt paragraph..ok kn sikit.thanks for visiting this blog
Dec 17, 2008
hari senibina 2008
Hari Senibina 2008
Unit Senibina Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan program Hari Senibina 2008 pada 23 Oktober dan 24 Oktober 2008. Antara objektif program itu ialah untuk memberi memberikan pendedahan kepada semua pensyarah dan pelajar senibina dari semester satu hingga semester enam berkaitan asas kemahiran melukis lukisan perspektif, teknik mewarna menggunakan pelbagai media iaitu pen marker, cat air, pensel warna dan sebagainya.
Bengkel melukis dan mewarna ini dikendalikan oleh pakar ilustrasi iaitu Ilustrator terkenal, Saudara Jomaithir dari AJ Reka. Beliau telah banyak mengendalikan bengkel berkaitan senibina dan telah menjayakan beberapa projek senibina dan ilustrasi sama ada di peringkat dalam mahupun luar negara.
Dalam program ini juga, para pensyarah dan pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan paparan untuk persembahan (presentation board) yang baik sama ada dari segi rekabentuk dan juga reka letaknya. Di samping itu, Hari Senibina ini dilaksanakan bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Unit Senibina dan seterusnya mengeratkan hubungan pelajar dan pensyarah senibina.
Program yang berlangsung selama dua hari ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Pihak penganjur dan peserta berharap agar program seumpama ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang dengan lebih mengfokuskan kepada teknik dan kemahiran melukis dan mewarna di kalangan pelajar senibina terutama pelajar semester satu dan dua.
Oleh: Puan Nuratikah Seman-jka
malam pra graduasi jka
Malam Pra Graduasi JKA
Pada 28 November 2008, Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson telah mengadakan Malam Pra-Graduasi JKA. Majlis Makan Malam ini sertai oleh pelajar semester akhir dan para pensyarah JKA bertempat di Ruang Legar Dewan Kuliah 5. Program ini bertujuan untuk meraikan pelajar kursus kejuruteraan awam dan senibina yang akan menamatkan pengajian mereka dan mengeratkan hubungan pelajar dan pensyarah JKA.
Dalam program ini juga, pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Kelab JKA yang baru iaitu untuk sesi Januari 2009 telah dijalankan. Di samping itu, acara cabutan bertuah dan hadiah best costume untuk kategori pelajar, pensyarah dan si cilik (anak-anak pensyarah) merupakan acara kemuncak untuk majlis makan malam yang berkonsepkan pakaian tradisional warna hijau, putih dan hitam ini. Semoga Malam Pra-Graduasi JKA ini meninggalkan seribu satu kenangan manis untuk pelajar JKA yang bergelar graduan nanti.
Oleh: Puan Nuratikah Seman - jka
tips for final jka
TIPS FOR FINAL - JKA
Pada 22 November 2008, Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan satu program iaitu “Tips Fir Final”. Program ini merupakan program anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan dengan kerjasama Kelab Jabatan Kejuruteraan Awam. Peserta program ini ialah semua pelajar semester satu JKA dan beberapa orang pelajar semester dua JKA yang dikenalpasti mempunyai masalah akademik.
Matlamat program ini adalah untuk sebagai satu persediaan dan menambah keyakinan di kalangan pelajar JKA terutama pelajar semester satu dalam menghadapi peperiksaan akhir sesi Julai 2008. Antara pengisian yang terdapat dalam program ini ialah Ceramah Kenapa Peperiksaan Diperlukan, Ceramah Strategi Menghadapi dan Menjawab Soalan Peperiksaan, Ceramah Strategi Mengulangkaji dan Teknik Belajar, Teknik Menangani Panik Semasa Peperiksaan dan Apa perlu Dilakukan Selepas menduduki Peperiksaan.
Hasil dari analisis program yang dijalankan, para pelajar amat berpuas hati dengan pengisian yang telah diberikan dan amat praktikal sebagai sesuatu yang berguna untuk mereka menghadapi peperiksaan akhir. Program ini juga disertai oleh Penasihat Akademik pelajar semester satu dan dirasmikan oleh Pemangku Ketua Jabatan JKA, En Hassan bin Siraj.
Harapan penganjur adalah seminar seperti ini dapat dijalankan pada setiap semester sebagai satu langkah membantu pelajar mencapai kejayaan khususnya dalam bidang akademik terutama kepada pelajar semester satu JKA. Peningkatan program pada masa akan datang perlu dilaksanakan dengan mengaplikasikan pelbagai pendekatan yang lebih efektif seperti melibatkan pelajar senior JKA sebagai pemudahcara program.
Oleh- Puan Nuratikah Seman- jka
seminar personaliti jka
Seminar Personaliti Unggul dan Pengurusan Stress Anjuran JKA
Pada 26 September 2008, Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan Seminar Personaliti dan Pengurusan Stres. Program ini disertai oleh 120 orang peserta yang terdiri daripada semua staf JKA dan 60 orang staf dari JKE, JKM, JMSK,JP dan Unit Pentadbiran Politeknik Port Dickson.
Antara objektif program ini ialah untuk memberi peluang kepada semua peserta mengenali karakter personaliti masing-masing berdasarkan Ujian Personaliti Dr. Sidek Noah dan menganalpasti kaedah mengurus tekanan dengan baik. Penceramah yang mengendalikan seminar ini ialah Kaunselor Berdaftar iaitu Cr. Shamsul Bahrain bin Haron dari Politeknik Shah Alam.
Pengisian seminar ini ialah Inventori Ujian Personaliti Dr Sidek Noah yang dijalankan oleh semua peserta, kupasan karakter setiap jenis personaliti dan kaedah-kaedah menangani stres dengan baik. Seminar ini berjalan dengan lancar dan telah berjaya mencapai matlamatnya.
Diharapkan seminar seperti ini dapat diteruskan lagi dengan memberi penekanan terhadap potensi yang ada dalam diri setiap peserta berdasarkan ciri personalit masing-masing untuk dibangunkan pada masa akan datang.
Oleh: Puan Nuratikah Seman - jka
seminar intelek jka
SEMINAR INTELEK DAN HARI PRODUK JKA 2008
Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson telah mengadakan Seminar Intelek dan Hari Produk JKA 2008 pada 21-23 Mei 2008. Matlamat program ini ialah untuk memupuk budaya menyelidik di kalangan pelajar-pelajar disamping meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran di dunia pekerjaan.
Program yang melibatkan semua staf dan pelajar JKA ini juga diharap menjadi pemangkin kepada pensyarah-pensyarah politeknik melibatkan diri dalam budaya penyelidikan yang kini kerap diberi penekanan.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program ini ialah Ceramah “Kecemerlangan Melalui Budaya Penyelidikan” yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM iaitu Prof. Dr. Ir Abdul Aziz bin Dato’ Abdul Samad, Ceramah “Sumber dan Dana Peruntukan Dalam Menjalankan Kajian” dari wakil MIGHT iaitu Major (B) Zailani, Ceramah “Kerjaya dalam Kejuruteraan Awam” oleh PM IR Azizan bin Aziz dari UTHM, ceramah “Hala Tuju Pendidikan Dalam Senibina” oleh Encik Zulkefli Ismail dari Politeknik Sabak Bernam, pembentangan projek akhir pelajar, aktiviti Senamrobik dan Ceramah PROSTAR.
Program ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah Politeknik Port Dickson iaitu Tuan Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim pada 21 Mei 2008. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan sesuai diadakan pada setiap semester sebagai satu usaha meningkatkan kualiti produk JKA dan inovasi di kalangan pelajar dan pensyarah JKA.
Oleh: Puan Nuratikah Seman -jka
CALIS -jka
CALIS – Anjuran JKA
Program Seminar Gaya Hidup Kampus –Campus Lifestyle (CALIS) telah dijalankan pada 24 Februari 2008 bertempat di Dewan Kuliah 5, Politeknik Port Dickson. Seramai 50 orang pelajar lelaki dan 58 orang pelajar perempuan telah menyertai program ini yang terdiri dari pelajar semester satu kursus Diploma dan Sijil Kejuruteraan Awam dan Diploma dan Sijil Senibina.
Pengisian program ini adalah ceramah “Mengenal Personaliti” oleh Cr. Shamsul Bahrain bin Haron dari Politeknik Shah Alam dan Aktiviti Dalam Kumpulan (ADK)yang dikendalikan oleh PBKJ dan AJK Kelab JKA yang terdiri daripada pelajar senior JKA.
Hasil dari maklum balas peserta, program ini dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, mengenali personaliti masing-masing dan mengeratkan hubungan antara pelajar baru dan lama dan PBKJ JKA.
Oleh : Puan Nuratikah Seman-jka
Dec 14, 2008
alumni uthm 19-21/12 di janda baik
salam.
hujung minggu nih saya akan ke janda baik, pahang utk menghadiri bengkel SKT alumni uthm. kira macam bercuti gak la sbb dpt penginapan satu chalet. hubby +azzahra pun bw sekali. dh lama tak gi jalan.
tentang pengisian bengkel kali ni, rasanya berasap gak otak nih lebih2 lagi gmie+dat+asha dll.. memang best. kalu mat zul bw put (his wife) and shahrul amri (their new born baby) best gak. blh tgk ank buah baru :-)
kalu ada masa terluang blh la tanda paper yang belum bertanda lagi nih. itu pun kalu si azzahra tak kacau :-)
p/s : dh pernah pergi janda baik dulu masa program kepimpinan mpp + kelab kuittho. menarik tempatnya.
minggu menanda paper
salam
hari ni masih lagi berlangsung peperiksaan akhir pelajar polipd yang bermula sejak 3/12/2008 hari tu. exam final ni isyaAllah akan berakhir pada hari rabu ni- 17/12/08 bagi jka. semua pensyarah diminta mengisi markah final pelajar pada 19/12 @22/12 nanti.
saya ada 5 kelas untuk ditanda :-)
p/s : kalu mcm ni tiap semster, boleh bongkok blkg pulun menanda paper student :-)
lagu yang saya suka sejak dulu lagi
SUTERA KASIH (INTEAM)
Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi
Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya
harga minyak turun, harga barang terus naik!
harga minyak dah turun. masa 4 june 2008 hari tuh naik sampai rm2.70 perliter berbanding rm1.92 perliter sebelum tu. sekarang disebabkan ketidakstabilan ekonomi dunia, harga minyak jatuh teruk sehingga rm1.90 perliter. tapi harga barang tetap naik. walaupun kerajaan dah berbuih mulut minta peniaga turunkan harga barang. nak naik senang, nak turun punyalah liat!
sekarang harga getah dh turun dari rm4 (masa naik dulu) hingga sekarang rm0.80 sahaja. bagaimana agaknya org2 kampung yang bergantung hidup pada hasil menoreh getah sahaja?dulu masa harga getah melambung tinggi, ada yang sanggup berhenti kerja dan kerja menoreh getah.
tadi aku pergi ke pasar uk beli ikan. punya lah terkejut harga ikan selar RM13 per kg. ikan kembung pun RM13 per kg. bayangkan aku beli ikan 5 ekor saiz sederhana saja dgn harga RM7.60!which is mean seekor ikan RM1.52!!! minggu lepas aku beli ikan kembung saiz besar baru RM6 perkg. ikan segar lagi. ikan tongkol pulak yang besar RM8 perkg.dalam seminggu harga ikan naik (daripada rm6 menjadi rm13) kira2 117%...
udang dan sayur kt tesco masih murah lagi.aku cadangkan kalu nk beli udang (saiz sederhana - rm9.99 perkg) dan sayur seperti bayam, sawi, cili merah, cili api, bawang2,cili kering baik beli kt pasaraya tesco, murah dan segar. tapi ikan dah tak segar kt tesco. takde pilihan dah memang kena beli kt pasar. ayam pun sama, kt tesco kurang segar. kerang kt tesco murah gak cuma rm0.90 perkg.
so, plan our bujet yar!
p/s - tiap kali g tesco, memang wajib beli udang..murah tuh..
Dec 11, 2008
pendidikan sepanjang hayat
salam.
hari ni saya akan bincangkan berkaitan "PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT"
persoalannya di sini;
berapa lama kita hidup di dunia ini?
berapa banyak perkara yang kita belajar sehingga umur kita hari ini?
berapa banyak sistem/peringkat pendidikan kita lalui sehingga hari ini?
berapa banyak kurikulum kita dah lalui?
berapa banyak sijil@kelayakan akademik telah kita perolehi?
namun, semua persoalan di atas bukanlah merangkumi semua "alam pendidikan kita" sebenarnya.
pada saya, pendidikan seumur hidup atau lebih dikenali sebagai long life learning ini dikategorikan kepada 3 aspek iaitu:
1) pendidikan formal
2)pendidikan non-formal
3)pendidikan in-formal
apa yang dikatakan sebagai pendidikan formal?
pendidikan formal ialah pendidikan yang melibatkan kurikulum tertentu cth : upsr, pmr, spm, sijil, diploma, degree, master sampai phd
apa yang dikatakan pendidikan non-formal?
pendidikan non formal ialah sebarang bentuk pendidikan berbentuk kursus jangka pendek, ceramah, kuliah jumaat, bengkel penampilan diri, seminar, persidangan, taklim, tazkirah dan sebagainya yang lebih bersifat terbuka penyertaannya.
apa yang dikatakan pendidikan in formal?
pendidikan in formal ialah pendidikan yang diperolehi hasil dari penerapan nilai oleh masyarakat terutama olah ibu bapa, keluarga, persekitaran kerja, majikan, kawan-kawan, internet dan lain-lain. pendidikan in formal ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan seseorang kerana pengaplikasian pendidikan formal dan non formal hanya akan berjaya jika pendidikan ni formal ini berjaya. nilai-nilai agama, pengalaman, kasih sayang, nilai kemanusiaan dan rasa jiwa berTUHAN perlu diterapkan dalam diri seseorang sejak kecil lagi sebelum melalui pendidikan formal dan non formal.ia juga dikenali sebagai pendidikan secara tidak langsung.
jelas di sini, pendidikan sepanjang hayat ialah pendidikan yang menitikberatkan kesepaduan antara pendidikan formal, pendidikan non formal dan pendidikan in formal. tidak bermakna jika seseorang itu mempunyai phd sekalipun, jika dia tidak mempunyai jiwa kehambaan pada Tuhannya. dan tidak wajar juga jika seseorang itu hanya memberikan tumpuan kepada meningkatkan pencapaian pendidikan formal sahaja tanpa melengkapkan diri dengan pendidikan non formal dan pendidikan in formal. kita sebagai manusia biasa perlu sentiasa "bersedia belajar dan diajar" kerana kita tidak sempurna. penuhkan ilmu di dada dengan pelbagai ilmu kerana hanya dengan ilmu kita akan berjaya. ilmu tentang kehidupan dan ilmu tentang akhirat sama pentingnya kerana hidup ini adalah persinggahan dan apabila tiba masanya nanti, kita akan sambung perjalanan ke akhirat yang kekal abadi.
wasalam.
kelebihan kayu sebagai binaan (C 1022)
Kelebihan kayu sebagai bahan binaan berbanding bahan struktur yang lain:
· Mempunyai ratio kekuatan berbanding berat yang tinggi;
· Mempunyai nilai estetik yang tinggi;
· Mempunyai kekuatan tegangan, mampatan dan lenturan yang baik;
· Bolek dibentuk menggunakan mesin tanpa memerlukan penggunaan teknologi yang tinggi;
· Mudah di ubah bentuk (modify) semasa ditapak binaan;
· Mudah di guna semula;
· Mempunyai insulasi terma dan insulasi bunyi yang baik;
· Mempunyai ketahanan fizikal yang baik apabila menghadapi kejutan (shock) ssecara tiba-tiba (seperti gempa bumi atau kekuatan angin yang tinggi);
· Penyelangaraan yang mudah dan murah;
· Mempunyai harga yang baik apabila menjadi bahan buangan (scrap) ;
· Boleh menghadapi tekanan penggunaan (wear and tear) dengan baik dan mempunyai jangka hayat yang tinggi jika dirawat dengan bahan pengawet tertentu;
· Mempunyai pelbagai jenis kekuatan bergantung kepada jenis kayu, sesuai untuk pelbagai jenis kegunaan;
· Pengeluaran kayu tidak memerlukan pengunaan tenaga (energy) yang tinggi.
Kekurangan kayu sebagai bahan binaan berbanding bahan lain:
· Ketahanan yang lemah terhadap serangan fungi dan serangga (anai-anai);
· Ketahanan yang lemah terhadap api;
· Kemampatan (compression) kayu lemah apabila mengalami tekanan yang bersudut tepat dengan urat kayu
kisah kopi tanpa gula putih
salam.
tengahari nih sedang saya berbincangdengan kak asmah berkaitan salah seorang pelajar senibina, datang seorang kawan kami dari jpa. promote beberapa barang (kopi segera, showel gel) dll. mula-mula tak berminat, tp lepas baca label keterangan dia, menarik gak.
aku beli satu box kopi pra campuran dengan cekur. yang menarik tentang kopi ni ialah rasanya (kopi + koko) dan ia adalah campuran istimewa dari ekstrak kopi dan serbuk koko bermutu tinggi untuk memberikan anda minuman bertenaga, enak dan lazat. ia diadun bersama dengan ISP atau "isolated Protein soya" iaitu minuman bertenaga untuk ahli-ahli sukan. ia juga diperkayakan dengan ekstrak cekur yang terkenal secara tradisi. TIADA SEBARANG GULA PUTIH digunakan. ia HANYA DIADUN DENGAN PEMANIS HERBA STEVIA dan juga gula tenaga iaitu Dextrose.
dah cuba minum kopi ni dan rasanya not bad dan sedap dan harga sangat berpatutan.
p/s: elaine,thanks for the special price and to kak linda n kak as, keep our secret "minuman bertenaga ahli-ahli sukan" :-)
daging landak
salam.
bertemu lagi hari ni jumaat saya duti unit exam petang, jadi pagi ni rehat sikit. saya naik ofis jka atas. hari nih kak shila bawa kari DAGING LANDAK! do you ever tasted it? ini merupakan kali pertama seumur hidup saya makan daging landak. bila ditanyakan kak shila tentang harga daging landak ni, terkejut saya. memang mahal. patut lah mahal pun sbb memang susah nak dapat. kena pasang perangkap and ada rezeki masuk jerat adalah landak.
harga daging landak yang suami kak shila (abg lan) beli tu RM150 ringgit dan itu adalah harga untuk setengah ekor which is mean seekor landak tu harga dia RM300!!! mahal tuh...
rasa daging landak memang sedap dan lain dari daging yang lain. terima kasih kepada kak shila kerana bagi peluang tikah makan daging landak nih. :-)
p/s : lambat lagi kot nk beli dgg landak..mahal beb!!!
Dec 9, 2008
perjalanan blk kg raya haji
salam.
pada hari jumaat yang lalu (6/12/08) kami telah pulang berhari saya di kampung di besut terengganu. kami (saya+suami+anak+adik) bertolak dari port dickson jam9.30 pagi dan singgah makan di pasar teluk kemang. makan nasi ayam yang sedap tu, ni kira promote la.
selepas itu kami meneruskan perjalanan. sampai di senawang kami singgah lagi di giant hypermarket. beli brg2 utk di bw blk besut and hadiah hari lahir aisyah (anak buah saya) yang ke 8. macam biasa anak saya azzahra akan merengenk nak main gelongsor kt situ.
then kira2 jam 12 tghri teruskan perjalanan.
bermula dari bukit putus, kuala pilah, jempol trafik dh banyak. mmg jam. kete pun tak boleh bw laju sgt. dalam keadaan cuaca yang tidak menetu rupanya ramai betul warga kota pulang berhari raya di pantai timur ;-) then kami berhenti solat and makan kt kemaman. mmg jam giler terutama kt dungun n kemaman.
apa yang ditekankan kt sini......kali ni memang mencipta sejarah sebab kami sampai besut pukul 2.30 pagi. bayangkan 17 jam perjalanan.
Dec 5, 2008
HARI SENIBINA 2008
hari senibina telah dijalankan pada 23 & 24 oktober yang lalu. dalam progrm ini unit senibina ppd telah menjemput pakar ilustrasi iaitu saudara Jomaithir. pada hari pertama khamis itu kami iaitu para pensyarah senibina didedahkan dengan teknik persediaan board presentation, teknik melukis dan mewarna dan sesi berlangsung dengan jayanya di bilik persidangan jab. kej. awam. memang mengkagumkan bakat beliau. byk projek senibina telah berjaya dihasilkan termasuk dalam dan luar negara.
pada hari kedua iaitu hr jumaat, pengisian yang lebih kurang sama diberikan kepada semua pelajar senibina. sesi berlangsung dengan lancar dan menarik minat pelajar terutama teknik melukis perspektif satu dan dua titik dan teknik mewarna.
kesimpulannya, bengkel mcam ni perlu diadakan lagi pada masa akan datang dengan lebih mengfokuskan kepada skill melukis dan mewarna pelajar sama ada menggunakan color pencil, water color atau marker pen. dan bengkel perlu dipanjangkan kepada paling kurang 2 hari utk kesan yang optima terutamanyautk pelajar yang betul2 berminaT utk menajamkan skill masing2.
p/s : sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh en joe...well done dr kami n thank.. :-) Read More »»
Dec 3, 2008
SIKAP SEORANG PEKERJA
apa pandangan kalian berkaitan seorang pekerja? mestilah bila ada pekerja mestilah ada majikan kan. so setipa pekerja sama ada sektor swasta atau kerajaan sudah mestinya patut dan taat pada majikan. patuh dalam erti kata yang sebenar ialah mengamalkan sifat ASERTIF dalam kerja yang dilakukan.
apa itu asertif?
mungkin ini adalah perkataan baru bagi kita..kita sudah biasa dengan perkataan pasif dan agresif kan. pasif ialah sifat seorang pekerja yang tidak pernah atau takut memberikan maklum balas setiap kali tugasan diberikan oleh majikan mereka. golongan macam ni bahaya utk setiap organisasi kerana akan berlaku "makan dalam" atau memendam rasa...
hal ini berbeza pula dengan agresif... yang mana agresif seorang pekerja ialah ciri-ciri pekerja yang "asyik komplen.....elak kerja...tak puas hati...dsb"
ASERTIF ialah jalan penyelesaian bg kedua-dua ciri yang disebutkan di atas di mana pekerja yang asertif ialah melakukan seseuatu kerja berdasarkan keupayaan diri dengan bersungguh2 dan sentiasa positif dalam menerima tugasan yang diberikan oleh majikan. jika beliau mampu, beliau akan laksanakannya dan jika tidak mampu beliau akan berbicang dengan majikan hal sebenarnya...tanpa perlu MEMENDAM RASA atau pun KOMPLEN memanjang...
so bersama jd pekerja yang asertif yer.. :-)
CERAMAH "TIPS 4 FINAL"
Dec 1, 2008
CERAMAH "KENAPA MESTI BERJAYA"
pada 3/11 yang lalu saya telah dijemput oleh jawatankuasa disiplin kamsis (kampus siswa) untuk menyampaikan ceramah berkaitan disiplin kepada semua pelajar semester satu bertempat di pusat islam polipd. setelah difikirkan dan hasil perbincangan dengan ajk program saya telah memilih tajuk "kenapa mesti berjaya" untuk ceramah kali ini.
sepanjang sesi ceramah berlangsung bermula 9 hga 11 malam ini pelbagai perkara telah dikupa antaranya ialah :
1. kenapa perlu berjaya dalam hidup
2. adab-aDab menuntut ilmu dalam Islam
2. formula s.m.a.r.t s.t.u.d.e.n.t
3. formula a.t.t.i.t.u.d.e
dalam ceramah ini saya telah berjaya tunjukkan kepada pelajar sem satu betapa pentingnya untuk ita menjadi seorang yang berjaya sama ada dalam akademik mahupun dalam kehidupan. kupasan ialah berkaitan cita-cita dan kepuasan diri demi mendapat keredhaan Allah s.w.t.
terdapat juga perkara berkaitan disiplin dibincangkan kalu ini seperti peri pentingnya menghormati peraturan tempt belajar sebagai salah satu adab yang penting dalam menuntut ilmu... semoga Allah bagi hidayah kepada kita semua dalam mentaati peraturan manusia dan yang penting peraturan Allah s.w.t...demi kejayaan di dunia dan akhirat.alhamdulillah sesi ceramah berjalan lancar dan mencapai objektifnya.
"hidup biar berjasa"
p/s : ada pelajar sem 5 yang bg tau..sepanjang kehidupan sebagai pelajar, inilah kali pertama dia mendengar ceramah yang begitu ceria dan bermakna dan lain dari yang lain... emm syukur :-)alhamdulillah..
CERAMAH "SEMINAR PECUTAN TERAKHIR"
pada 8/oktober yang lalu, aku telah berpeluang menyampaikan sebuah ceramah kepada pelajar kelas PRS (pembimbing rakan siswa) poli pd nih. seminar nih berlangsung pada hari raya ke 8 ialut pada hari sabtu. kira ceramah nih sempena jamuan hari raya pbkj (penyelaras bimbingan kaunseling jabatan) bersama prs dan pelajar yang ambil koko kaunseling. ceramah nih bermula pada jam 9 pagi hinggalah pukul 12.30 tengahri.
Berikut adalah tajuk ceramah yang aku sampaikan :
9-10am - tips menghadapi peperiksaan
10.15-11.15 - tips menghadiri peperiksaan final
11.30-12.30 - tips menjawab soalan peperiksaan
alhamdulillah sesi ceramah berjalan dengan lancar. ucapan terima kasih kepada pbkj yang hadir dan sdri farah (prs yang menjemput saya sebagai penceramah). semoga apa yang telah disampaikan membantu pelajar lebih yakin dan cemerlang utk exam nanti :-)
p/s : ada pbkj yang bagi saya 5 bintang utk ceramah ini...alhamdulillah
CERAMAH "BUDAYA KERJA CEMELANG - FAMA RENGIT"
aku mulakan sesi petang itu dengan aktiviti team building.. peserta yang terdiri dari pekerja fama rengit seramai 32 orang dibahagikan kepada 4 kumpulan dan beberapa aktiviti telah dijalankan... alhamdulillah hasil feedback dar mereka, aktiviti yang dijalankan beri byk input pada mereka... kumpulan yang menang dlm aktivti itu ialah kumpulan puan faridah..tahniah diucapkan... ada yang tak sangka ceramah motivasi jd seceria itu...hehehe...mmg itu strategi aku dlm bg pengisian... problem basd learning.. i think that way can give more effect toword their motivation.
then, pukul 3.45 baru aku mulakan dengan ceramah motivasi. ada tayangan slide power point dan beberapa video berkaitan kerja dan alam kanak2. sepanjang sesi ceramah tersebut semua bg kerjasama terutama bila diminta menulis matlamat hidup masing2, betapa pentingnya setkan aim dlm hidup dan apabila diterangkan tentang hakikat kehidupan ini hanya sementara dan hakikat kematian, ramai yang teresak-esak terutama kaum ibu dan isteri..kata saya " nk tau nilai pengorbann, lihatlah isteri..nk tau nilai kasih sayang, lihatlah seorg ibu". lebih2 lagi bila diceritakan berkaitan pengalaman hidup masing2.satu perkongsian rasa ttg kehidupan dunia..
ada di kalangan mereka yang baru bekerja sebab kematian suami, aada pengurus, ada bhgn kewangan,ada yang kerja sebagai tukang cuci dsb. ada juga pasangan suami isteri dalam ceramah ini.
dalam ceramah ini, para peserta didedahkan tentang "ciri-ciri pekerja cemerlang, bagaimana membentuk organisasi cemerlang dan hala tuju pekerja dan organisasi"
ceramah berakir pada pukul 5.30 ptg dengan kesimpulan dan refleksi. seronok jumpa team fama rengit nih. saya doakan semoga berjaya di masa depan. insyaAllah...
"hidup biar berjasa"
p/s: paling lawak bila isi borang biodata penceramah, urusetia tengok tarikh lahir saya.. 810220..." eh muda lagi rupanya..."
Nov 13, 2008
NURATIKAH SEMAN - WAKIL IPTA/IPTS DI MAJLIS PELANCARAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) OLEH PERDANA MENTERI
muka depan akhbar berita harian :-)
04.24.04 (7:16 am)
Kerajaan lancar Pelan Integriti Nasional (PIN) Oleh Kadir Dikoh[i]ABDULLAH menyampaikan naskah kepada wakil pelajar IPTAdan IPTS, Nuratikah Seman diperhati wakil pelbagai sektorkerajaan dan swasta termasuk (ditengah) Lim Kit Siangketika melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan InstitutIntegriti Malaysia (IIM) di Pusat Konvensyen Putrajaya, semalam.[/i]
PUTRAJAYA: Kerajaan semalam melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN), bertujuan membangunkan sebuah masyarakat Malaysia beretika serta tahu membezakan antara yang betul dan salah. PIN, satu dasar payung yang komprehensif membabitkan semua sektor dan golongan masyarakat itu, menetapkan lima sasaran untuk dicapai bagi tempoh 2004 hingga 2008.S
Sasaran dikenali sebagai ‘Tekad 2008’ itu ialah:- Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan; - Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi;- Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;- Memantapkan institusi keluarga; dan- Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melancarkannya berkata, bagi memantapkan lagi PIN, sebuah agensi atau jentera pelaksana, Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Samsudin Osman sebagai pengerusi pertamanya.Perdana Menteri menjelaskan, PIN adalah pelan induk untuk menggubal strategi dan memberi hala tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama serta mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan integriti.
Matlamat jangka panjang PIN ialah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian kukuh serta ditunjangi budi pekerti luhur.“PIN juga mempunyai objektif meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama rakyat sejagat daripada pelbagai sektor dalam usaha pemantapan integriti. Skop PIN adalah holistik dan menyeluruh.“Tumpuan diberi kepada peningkatan integriti daripada peringkat teratas hingga ke peringkat akar umbi,” katanya. Pelancaran PIN dan IIM diadakan serentak di Pusat Kovensyen Putrajaya (PCC) di sini.
Pada majlis itu, Abdullah turut mengagihkan buku mengandungi pelan terbabit kepada wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perkumpulan wanita, belia, pelajar dan parti politik. Pengerusi DAP, Lim Kit Siang menerima buku itu bagi pihak pembangkang.Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen; wakil kedutaan asing di Malaysia serta pegawai tertinggi kementerian.
Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai IIM, Abdullah berkata ia adalah sebuah institusi bebas yang akan bersifat sebagai agensi pemantau dan penyelaras bagi PIN.Antara fungsi pentingnya adalah:- Menjalankan penyelidikan, pendidikan dan latihan berkaitan integriti institusi dan masyarakat;- Membangunkan pangkalan data mengenai integriti dan etika;- Mengemukakan perakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika serta memberi khidmat nasihat kepada kerajaan mengenai program peningkatan integriti, dan- Menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan pengisian PIN terlaksana.
Perdana Menteri berkata, pemantauan berterusan amat penting bukan saja untuk memastikan PIN dilaksanakan dengan jaya, malah sebagai kayu ukur bagi mengukur tahap kejayaan sebenar yang dicapai.“Dengan itu, saya ingin mencadangkan supaya IIM menerajui pelaksanaan kajian berkala mengenai tanggapan umum terhadap rasuah setiap dua tahun. Dengan itu, maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat memberi gambaran kepada kerajaan mengenai keberkesanan strategi yang dijalankan bagi meningkatkan integriti dan membanteras amalan rasuah.“Ia juga penting dari segi proses penambahbaikan yang berterusan. KSN akan memastikan IIM dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan lancar dan dengan itu akan meneliti urusan penubuhan institut serta struktur organisasi termasuk berkaitan urusan bangunan dan pelantikan staf IIM,” katanya.
Beliau berkata, pelantikan Ahli Lembaga Pengarah serta Presiden IIM akan dilakukan dalam masa terdekat untuk membantu Pengerusi IIM.Abdullah berkata, sebanyak sembilan sektor atau komponen masyarakat dikenal pasti dalam PIN. Bagi setiap sektor itu, beberapa program dan aktiviti sudah ditentukan.Program dan aktiviti itu dipadankan dengan agensi yang sesuai sama ada kementerian, agensi kerajaan atau badan sukarela, untuk melaksanakan program berkaitan.Agensi berkenaan pula perlu menyusun atau menyempurnakan program integriti masing-masing berdasarkan kepada cadangan yang terkandung dalam PIN.P
Perdana Menteri percaya rakyat akan terus memberikan sokongan padu dan melaksanakan pelbagai program anjuran PIN, berdasarkan maklum balas positif terhadap pelbagai inisiatif kerajaan dalam beberapa bulan ini untuk meningkatkan integriti.“Tetapi saya ingin menekankan bahawa kejayaan PIN dan seterusnya langkah menerapkan nilai integriti dalam masyarakat, bukan hanya bergantung kepada usaha kerajaan saja.“Sebaliknya, ia bergantung kepada sokongan aktif setiap individu dalam masyarakat iaitu menerapkan nilai murni dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian,” katanya.Beliau berkata, dengan strategi dan program yang digariskan, PIN mampu bertindak sebagai pemangkin dalam usaha peningkatan integriti. Namun, strategi dan program itu boleh diubahsuai mengikut keperluan setempat dan peredaran masa.©New Straits Times (M) Berhad
Aug 20, 2008
HUJUNG MINGGU
NUR FATIMAH AZZAHRA
TIP STRESS DI TEMPAT KERJA
1. Meja kerja bersih
Meja kerja yang bersih dari kertas kerja akan sangat membantu anda
untuk lebih fokus pada apa yang sedang dilakukan. Pekerjaan akan
cepat selesai karena pandangan tidak terganggu dengan tumpukan kertas
di atas meja.
2.Bekerja dengan prioriti
Yup, SEMUA pekerjaan memang penting untuk diselesaikan secepatnya.
Tapi, kita harus mampu membezakan mana yang perlu disegerakan, mana yang tdika perlu disegerakan. Bekerjalah dengan
priorii! Dan beban fikiran pun akan lebih berkurang.
3. Segera buat keputusan
Semakin cepat anda mengambil keputusan dalam menghadapi masalah,
semakin cepat pula masalah anda akan terselesaikan. And, guess what?
Anda tidak perlu lagi berlama-lama stress memikirkan masalah itu.
Bukan pekerjaan yang senang, tapi harus dilakukan secepatnya supaya
tidak bertangguh-tangguh. SEMANGAT!!
4. Delegasikan pekerjaan
Tidak ada orang di dunia ini yang boleh melakukan segala pekerjaan
tanpa bantuan orang lain. So, biasakan untuk membahagikan beban kerja
dengan orang lain di tempat kerja anda. Stress berkurang dan anda pun
akan punya lebih banyak masa luang untuk aktiviti lainnya.
Masih juga stress? Mungkinkah kerana anda tak punya pilihan lain dan
berasakan dipaksa untuk melakukan sesuatu yang sama sekali bukan minat
anda? Atau, lebih parah lagi... Anda berasa diperlakukan seperti lembu susu yang hanya menghasilkan keuntungan buat boss anda?
Kalau begitu, sudah saatnya anda bergerak maju dan bebaskan diri anda
dari stress! Caranya? Cari peluang bisnes sampingan yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan. Dengan bertambahnya duit dan untung,
anda akan punya lebih banyak pilihan dan secara automatik stress pun jauh dari
pikiran anda... selama mencuba yer....
:-)
AMALAN HIDUP 5 S
STUDENT SENIBINA
k lah..nnti smbng ;lagih...dugaan2..
BERSAMA FIKIRKAN
Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja.. ALlah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104) Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad Dakwah adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad'u pun tidak tercapai akalnya hendak menerima (sebab ia sendiri jahil mengenainya) .
PENASIHAT JPP
setakat nih aku telah buat perbincangan dgn jpp bhgn penerbitan..ada beberapa cdgn utk menaikkan imej jpp polipd nih..hrp2 ada improvement selaras dgn misi dan visi politeknik. bln lps aku ikut jpp ke progrm kepimpinan di sg congkak.aku diamanahkan bg ceramah tajuk 'protokol dan pengurusan majlis'...ok lah jua. alhamdulillah program tuh ada nampak impak yg positif..
then, aku ikut prog jpp n prs..dlm prs aku sbg penyelaras kaunseling jabatan..aku sbg pegwai pengiring jer kali nih.. progm nit buat kt kem el azzhar,selangor. konsultant yg handle the whole prog ialah bkt tinggi...iaitu sykt cr hj husim yahya..best gak prog nih..tak lupa berkenalan dgn fauzan anak hj husim..blh tahan satu kepala gak dgn dia..intereat yg sama...approach yg sama...emmm dia ex student uia..ada beberapa kawan aku ms pkpim dia kenal..anak sepupus aku nurul huda pun dia kenal. satu kuliah..
pesan aku pada jpp polipd...jd pemimpin plajar bukan tugas yang senang....lg2 zaman skrg...penuh cabaran...kena tingkatkan kepimpinan dan harus berani!
CUTI OH... CUTI
SECRET RECIPE
SECRET RECIPE!aku n family memang suka mkn kek coklat brownies sr...kalu ada bujet makan kat sana..suami aku suka jus apple dia...kalu nk save skit take away jer...mostly kwn2 aku ckp cheesecake kt sini best..tp aku dh cuba n tak serasi dgn selera aku..knp rs mcm msm2....ish...k mmg gini rs mn2 cheese cake..dulu kt pd tak der SR...yg plg dekat pun kt seremban...tp thn lepas kt lukut dh ada sr...so blh dikatakn tiap bulan mmg merasa caka coklat brownies lah...plg tak pun dua bln sekali...yelah mnknn kt sini kt mahal...jd tak blh mkn selalu..bgntng pd bujet n rs teringin sgt.... :-)
SUKMA 1998 - SILVER MEDAL FOR TERENGGANU IN AIR RIFLE EVENT
About Me
Followers
My Blog List
-
-
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK5 years ago
-
-
Nothing Much (36)6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?10 years ago
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-